"Beliau menyedari peranan penting yang dimainkan oleh UNIFIL (Pasukan Interim PBB di Lubnan) dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan," kata jurucakap Perhimpunan Agung, Sharon Birch ketika menjawab soalan pada satu sidang media.
Beliau juga berkata, Yang menggesa semua pihak menunaikan tanggungjawab mereka di bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
UNIFIL sebelum ini menyatakan bahawa ibu pejabatnya di Naqoura dan beberapa tapak lain berulang kali dibedil oleh tentera Israel, menyebabkan dua anggota pengaman cedera.
Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke seluruh Lubnan terhadap apa yang didakwa sebagai sasaran Hizbullah sejak 23 Sept, membunuh sekurang-kurangnya 1,323 orang, mencederakan lebih 3,700 yang lain, dan menyebabkan lebih 1.2 juta orang kehilangan tempat tinggal.
Serangan udara itu merupakan peningkatan ketegangan susulan peperangan rentas sempadan antara Israel dan Hizbullah sejak bermulanya serangan kejam Tel Aviv terhadap Semenanjung Gaza yang mengorbankan lebih 42,000 orang. - BERNAMA