BELGRADE: Angkatan Tentera Serbia dan perkhidmatan keselamatan telah diarahkan untuk bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bagi melidungi intergriti wilayah Serbia, kata Menteri Pertahanan Milos Vucevic.
Perkara itu selaras dengan arahan Presiden Aleksandar Vucic demi untuk melindungi Serbia dan rakyatnya.
"Tentera perlu bersiap sedia sepenuhnya untuk melindungi integriti wilayah serta kedaulatan Serbia dan melindungi semua rakyat serta mencegah keganasan," lapor Agensi Anadolu memetik Vucevic sebagai berkata.
Kosovo, yang kebanyakannya didiami oleh orang Albania, berpisah dari Serbia pada 1999 dan mengisytiharkan kemerdekaan pada 2008. Tetapi Serbia tidak mengiktiraf langkah itu dan melihat bekas wilayahnya sebagai sebahagian daripada wilayahnya.
Ketegangan antara Kosovo dan Serbia semakin memuncak sejak penahanan bekas pegawai polis Serbia Dejan Pantic.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 27 2022

Milos Vucevic (tiga dari kiri) mengarahkan tentera Serbia dan perkhidmatan keselamatan untuk bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan. - AP
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Presiden Serbia arah tentera dan anggota keselamatan siap siaga - Menteri Pertahanan
Perkara itu selaras dengan arahan Presiden Aleksandar Vucic demi untuk melindungi Serbia dan rakyatnya.