Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari melawat Malala Yousafzai di Hospital Queen Elizabeth di Birmingham.

Malala, 15 tahun, ditembak terus di kepala oleh seorang lelaki Taliban pada 9 Oktober lepas.

Gadis itu yang merupaka seorang aktivis muda cedera teruk apabila lelaki yang bersenjata itu melepaskan tembakan ke atas Malala serta rakan-rakannya.

Kejadian itu berlaku ketika mereka sedang menuju ke sekolah di Mingora, Lembah Swat Pakistan.

Sejurus selepas serangan, Malala telah diterbangkan ke Britain untuk mendapatkan rawatan.

Dia kini sedang menerima rawatan susulan di hospital itu.