SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan berlepas ke Lithuania pada Isnin untuk menghadiri sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan selepas itu akan mengadakan lawatan rasmi ke Poland, lapor Agensi Berita Yonhap.
Ini adalah kali kedua Yoon menghadiri sidang kemuncak NATO, menunjukkan komitmennya untuk membina perpaduan dan mempromosikan nilai, seperti kebebasan, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang.
Sidang kemuncak itu berlangsung di Vilnius ibu negara Lithuania pada Selasa dan Rabu, bakal menghimpunkan pemimpin dari 31 negara anggota dan negara rakan, seperti Korea Selatan, Jepun, Australia dan New Zealand.
Antara topik perbincangan termasuk mengenai peperangan di Ukraine, kerjasama antara pakatan tentera dan wilayah Indo-Pasifik dan ancaman keselamatan.
Yoon dijadual mengadakan sekurang-kurangnya 10 pertemuan dua hala di luar sidang kemuncak itu, termasuk bertemu pemimpin Norway, Belanda, New Zealand, Romania, Lithuania, Sweden, Slovakia, Estonia, Finland dan Hungary.
Beliau juga akan bertemu dengan Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg.
Pertemuan Yoon dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida bakal menjadi tumpuan, susulan laporan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa rancangan pelepasan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima dikatakan memenuhi piawaian keselamatan.
Ini merupakan lawatan dua hala pertama Yoon ke negara Eropah sejak memegang jawatan dan menjadi presiden Korea Selatan pertama yang melawat Warsaw secara rasmi sejak Lee Myung-bak pada 2009.
Mengenai spekulasi Yoon mungkin akan melawat Ukraine dan bertemu Presiden Volodymyr Zelenskyy, seorang pegawai presiden menyatakan setakat ini tiada rancangan sedemikian.
Yoon yang dijadual pulang pada Sabtu akan diiringi isteri Kim Keon Hee dan delegasi seramai 89 orang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023
Yoon Suk Yeol berucap selepas satu sesi latihan ketenteraan bersama Korea Selatan-Amerika Syarikat di Pusat Latihan Kebakaran Seungjin, Pocheon, Korea Selatan, 15 Jun 2023. - Gambar fail AP
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
"Ada banyak perkara kita perlu belajar dari Palestin" - Son Heung-min
Kapten Korea Selatan, Son Heung-min menyatakan rasa kagum dengan corak permainan ditampilkan pasukan bola sepak Palestin sehingga mampu mengikat pasukannya.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Meskipun dilanda krisis, perjuangan Palestin buat Son Heung-min terharu
Pemain berusia 32 tahun itu memuji ketabahan skuad Palestin masih mampu mempamerkan persembahan terbaik meskipun tidak beraksi di laman sendiri.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Ketua pembangkang Korea Selatan didapati bersalah berbohong semasa kempen presiden
Jika keputusan itu dikekalkan, Lee boleh kehilangan kerusi parlimennya dan dilarang bertanding dalam pilihan raya presiden 2027.
Jurulatih Gwangju terkejut JDT dibarisi ramai pemain import
Jurulatih Gwangju FC, Lee Jung-hyo mengakui terkejut apabila mendapati Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai ramai pemain import dalam kesebelasan utama pasukan itu.
[KOLUMNIS] Menelusuri sejarah Jambatan Persahabatan Malaysia–Korea Selatan
MALAYSIA dan Korea Selatan telah menjalin hubungan diplomatik mulai 23 Februari 1960.
Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan
Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan.
Bapa, abang Son Heung-min didenda dera kanak-kanak di akademi bola sepak
Bapa dan abang penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, dikenakan denda susulan melakukan penderaan kanak-kanak di sebuah akademi bola sepak di Korea Selatan.
Kesepakatan Sidang Kemuncak Trilateral China, Jepun dan Korea Selatan sokong pertumbuhan syarikat pemula ASEAN - Anwar
Malaysia mengalu-alukan kesepakatan dicapai Sidang Kemuncak Trilateral kesembilan antara China, Jepun dan Korea Selatan.
Penulis Korea Selatan Han Kang menang Hadiah Nobel Kesusasteraan
Han Kang memenangi Hadiah Nobel dalam bidang Kesusasteraan pada Khamis, menjadi penulis Korea Selatan pertama yang mendapat penghormatan sedemikian.