JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mendesak perang antara Israel dan Palestin dihentikan segera bagi mengelak peningkatan korban dan kemusnahan harta benda, lapor Agensi Berita ANTARA.
"Konflik telah memuncak dan menyebabkan kesan kemanusiaan yang lebih besar," menurutnya dalam satu kenyataan media berhubung situasi semasa konflik Israel-Palestin yang diakses daripada saluran YouTube Sekretariat Presiden pada Selasa.
Ketua negara itu meminta Menteri Luar Retno Marsudi dan kementerian serta institusi berkaitan mengambil tindakan segera bagi melindungi warga Indonesia di kawasan konflik.
"Punca konflik, iaitu pendudukan wilayah Palestin oleh Israel, mesti diselesaikan segera mengikut parameter yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," tegasnya.
Kementerian Luar juga telah menyediakan pelan kontingensi untuk memindahkan warga Indonesia dari kawasan konflik dengan beberapa senario termasuk kemungkinan memindahkan rakyatnya melalui negara terdekat dengan Palestin iaitu Jordan, Lubnan dan Mesir.
"Kami sedang menyelaras dengan Kedutaan Indonesia di Amman, Beirut, dan Kaherah serta pelbagai pihak lain untuk memindahkan warga Indonesia yang menetap di wilayah Palestin khususnya 10 warga Indonesia yang berada di Semenanjung Gaza," kata jurucakap kementerian itu, Lalu Muhamad Iqbal.
Data kementerian merekodkan 45 warga Indonesia di Palestin, dengan 10 daripadanya berada di Semenanjung Gaza yang menjadi pusat sasaran serangan udara tentera Israel.
Selain itu, 230 warga Indonesia sedang mengikuti lawatan keagamaan di pelbagai tempat di Israel. Setakat ini, tiada laporan rakyat Indonesia menjadi mangsa ketegangan terbaharu itu diterima.
--BERNAMA-ANTARA
Bernama
Tue Oct 10 2023
Jokowi meminta Menteri Luar Retno Marsudi dan kementerian serta institusi berkaitan mengambil tindakan segera bagi melindungi warga Indonesia di kawasan konflik. - Gambar fail/IG Jokowi
Jutaan rakyat Amerika tunai tanggungjawab
Jutaan rakyat Amerika Syarikat mula membuang undi mereka pada Selasa ketika pusat mengundi dibuka di seluruh negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 November 2024.
10 Berita Pilihan - (5 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 6 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
ACLE: JDT benam juara Liga K1 Ulsan HD 3-0
JDT berjaya membenam juara Liga K1 Korea (Liga K1), Ulsan HD 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 Zon Timur di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Iran akan bertindak balas terhadap serangan Israel dengan 'cara terkawal dan diperhitungkan'
Iran pada Selasa berikrar akan bertindak balas terhadap serangan Israel pada Oktober dengan "cara yang terkawal dan diperhitungkan".
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Lelaki dicari bantu siasatan samun bersenjata kedai runcit
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai runcit dengan menggunakan parang di Jalan Pokok Machang, di sini semalam.
Mahkamah tolak rayuan lelaki tuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada syarikat pembersihan
Seorang lelaki gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk menuntut RM29,000 gaji tertunggak daripada sebuah syarikat perkhidmatan pembersihan yang dimiliki warga Bangladesh.
Presiden Jokowi gesa perang Israel-Palestin dihentikan segera
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) mendesak perang antara Israel dan Palestin dihentikan segera bagi mengelak peningkatan korban dan kemusnahan harta benda, lapor Agensi Berita ANTARA.