WASHINGTON: Presiden Joe Biden akan menjadi hos kepada pemimpin-pemimpin Jepun dan Korea Selatan satu sidang kemuncak yang akan diadakan di Camp David, bulan depan, kata White House dalam pengumuman yang dibuat pada Jumaat.
Camp David ialah tempat percutian Presiden Amerika Syarikat (AS) yang terletak di Maryland.
Pada sidang yang akan diadakan pada 18 Ogos ini, kehadiran Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol memberikan petunjuk terbaharu dalam hubungan kedua negara itu yang disifatkan semakin mesra.
Dalam masa sama, Jepun dan Korea Selatan sedang berusaha mengatasi ketegangan dan sikap saling kurang percaya antara mereka selama beberapa generasi, sementara AS pula sedang memperkukuhkan komitmennya terhadap Asia.
Jurucakap White House, Karine Jean-Pierre dalam satu kenyataan berkata, pemimpin-pemimpin tersebut "akan membincangkan perkembangan kerjasama tiga hala di kawasan Indo-Pasifik dan lebih daripada itu."
Selain itu, topik-topik yang dijangka diberi tumpuan pada sidang itu termasuk ancaman yang dihadapi oleh Korea Utara dan hubungan dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik.
Jemputan ini bertitik tolak daripada satu acara bergambar yang disertai ketiga-tiga pemimpin tersebut semasa sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima, Jepun, pada bulan Mei lalu.
Pentadbiran Biden telah menggalakkan peningkatan hubungan ekonomi dan pertahanan antara Korea Selatan dan Jepun sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperkuatkan kawasan tersebut menghadapi tindakan agresif China dalam isu-isu wilayah, serta untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam menyokong Ukraine dalam melawan pencerobohan Rusia. - Agensi
Agensi
Fri Jul 28 2023
![Presiden Biden hos pertemuan pemimpin Jepun dan Korea Selatan di Camp David Presiden Biden hos pertemuan pemimpin Jepun dan Korea Selatan di Camp David](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690580985_PresidenASJoeBid.jpg)
Dari kiri Presiden Joe Biden, Perdana Menteri Fumio Kishida dan Presiden Yoon Suk Yeol bergambar kenangan sidang kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima, Jepun, pada bulan Mei lalu. - Gambar AP
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Apa yang terkandung dalam perjanjian gencatan senjata Israel - Hezbollah? Apa yang terkandung dalam perjanjian gencatan senjata Israel - Hezbollah?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732376387_TBCHIYAH.jpg)
Apa yang terkandung dalam perjanjian gencatan senjata Israel - Hezbollah?
Antara kandungan utama ialah Hezbollah dan tentera Israel diberi masa 60 hari untuk menamatkan kehadiran bersenjata mereka di selatan Lubnan.
![Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731459215_tbIsraeliairstrike.jpg)
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
![Presiden Amerika ucap Selamat Hari Raya AidilAdha Presiden Amerika ucap Selamat Hari Raya AidilAdha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716240052_TBJoeBiden.jpg)
Presiden Amerika ucap Selamat Hari Raya AidilAdha
Biden turut mendoakan semua jemaah yang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci memperoleh haji mabrur.
![PM Kishida lawat AS, kali pertama dalam sembilan tahun PM Kishida lawat AS, kali pertama dalam sembilan tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702526392_FumioKishida.jpg)
PM Kishida lawat AS, kali pertama dalam sembilan tahun
Fumio Kishida dijangka menghadiri satu sidang kemuncak bersama Presiden AS, Joe Biden pada Rabu di Washington.
![AS umum pakej senjata AS$300 juta kepada Ukraine AS umum pakej senjata AS$300 juta kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687321342_Ukrainiansoldiers.jpg)
AS umum pakej senjata AS$300 juta kepada Ukraine
Pengumuman pakej senjata baharu untuk Ukraine itu dibuat selepas berbulan AS beri amaran tiada lagi wang yang tinggal.
![Netanyahu lebih menyakitkan daripada membantu - Presiden AS kritik PM Israel Netanyahu lebih menyakitkan daripada membantu - Presiden AS kritik PM Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702422105_JoeBidenBenjamin.jpg)
Netanyahu "lebih menyakitkan daripada membantu" - Presiden AS kritik PM Israel
Netanyahu mesti beri lebih perhatian kepada nyawa (orang awam) yang tidak bersalah, yang terkorban akibat daripada tindakan yang diambil.
![Joe Biden arah tentera AS bina pelabuhan sementara di Gaza Joe Biden arah tentera AS bina pelabuhan sementara di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709851756_TBUSAirForce.jpg)
Joe Biden arah tentera AS bina pelabuhan sementara di Gaza
Pelabuhan sementara itu bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan ke wilayah terkepung melalui laut.
![Biden gesa jeda peperangan selama enam minggu di Gaza Biden gesa jeda peperangan selama enam minggu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706570848_Palestiniansflee.jpg)
Biden gesa jeda peperangan selama enam minggu di Gaza
AS akan bekerjasama dengan sekutunya untuk menghentukan pertempuran, bebaskan tebusan dan tingkatkan bantuan kemanusiaan.
![Perang Palestin-Israel: Raja Abdullah gesa gencatan senjata kekal, Biden pula sebaliknya Perang Palestin-Israel: Raja Abdullah gesa gencatan senjata kekal, Biden pula sebaliknya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707786648_TBKingAbdullah.jpg)
Perang Palestin-Israel: Raja Abdullah gesa gencatan senjata kekal, Biden pula sebaliknya
Keretakan terbuka antara Biden dan Raja Abdullah menggariskan keseimbangan diplomatik halus yang dihadapi Presiden ketika perang di Gaza memasuki bulan kelima.
![Wakil Tinggi EU gesa AS henti hantar senjata kepada Israel Wakil Tinggi EU gesa AS henti hantar senjata kepada Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698059441_RJULCIBMWRICRDSGJ.jpg)
Wakil Tinggi EU gesa AS henti hantar senjata kepada Israel
Nasihat Borrell, jika Joe Biden sendiri yakin terlalu ramai dibunuh di Gaza, maka kurangkan pemberian senjata kepada Israel.