Polis Thai menahan tiga lelaki dari selatan Thai kerana didakwa merancang untuk melakukan serangan bom di Bangkok dan di pinggir ibu negara itu, kata Timbalan Ketua Polis Thailand pada Rabu.
Menurut Jeneral Srivara Rangsibrahmanakul, seorang daripada lelaki itu mengaku terhadap pertuduhan itu manakala dua lagi suspek mengaku tidak bersalah.
"Ketiga-tiga lelaki berkenaan didakwa atas kesalahan bersama-sama memiliki bahan letupan yang tidak dibenarkan, pertubuhan rahsia dan organisasi jenayah," katanya kepada media ketika ditemui di Bahagian Pencegahan Jenayah di sini.
Tiga suspek itu dikenali sebagai Talmizi Totalyong, 31, dari daerah Raman, Yala; Abdulbazir Suegaji, 19, dan Mubareeh Gana, 22, kedua-duanya dari daerah Srisakorn di Narathiwat.
Mereka ditahan oleh tentera Thai dalam satu serbuan sebelum diserahkan kepada polis pada Rabu.
Timbalan ketua polis yang menjalankan siasatan terhadap tiga suspek itu berkata mereka merancang untuk melakukan serangan bom di Bangkok dan Samut Prakan yang terletak di pinggir ibu negara antara 25 hingga 30 Okt lalu.
Srivara berkata seorang daripada suspek juga mengaku terlibat dalam insiden keganasan di selatan Thai tiga tahun lalu dan tahun lepas. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 30 2016
Menurut Jeneral Srivara Rangsibrahmanakul (tengah), seorang daripada suspek juga mengaku terlibat dalam insiden keganasan di selatan Thai tiga tahun lalu dan tahun lepas. - Foto Fail Reuters
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
COVID-19: Ibu tunggal sempat suruh anak ke rumah anak yatim sebelum meninggal dunia
Wanita yang mengalami gejala termasuk sakit dada, sukar bernafas dan batuk itu meninggal dunia di rumah ketika menunggu bantuan.
21 cedera dalam kilang kimia meletup, terbakar di Bang Phli
Satu letupan kuat dan kebakaran besar berlaku di sebuah kilang plastik di daerah Bang Phli, Thailand pada awal Isnin, mencederakan sekurang-kurangnya 21 orang, lapor Sputnik memetik Bangkok Post.
3 maut, 52 cedera dalam letupan saluran paip gas asli di Thailand
Sekurang-kurangnya empat buah rumah rosak teruk dan enam buah rumah mengalami kerosakan bumbung.
Lima pelajar Thailand yang pulang dari Arab Saudi pesakit terbaharu COVID-19
Thailand mencatatkan lima kes baharu COVID-19, kesemuanya melibatkan warga Thailand yang pulang dari Arab Saudi.
17 pelajar kolej terbunuh selepas trak pikap terbalik di Thailand
Seramai 17 pelajar kolej terbunuh dan seorang pemandu mengalami kecederaan serius selepas sebuah trak pikap yang membawa muatan berlebihan terbabas.
Bayi baru lahir dicampak dari tingkat lima sebuah apartmen
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan mempunyai uri itu ditemui penduduk apartmen terbabit selepas terdengar tangisannya.
Polis Thai tahan tiga lelaki disyaki rancang serangan bom
Seorang daripada lelaki itu mengaku terhadap pertuduhan itu manakala dua lagi suspek mengaku tidak bersalah.
Wanita bunuh diri terjun dalam kolam sarat dengan buaya
Seorang wanita bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kolam yang sarat dengan buaya di sebuah taman haiwan di pinggir Bangkok.