SYDNEY: Polis Australia pada Rabu berkata pasukan itu melancarkan siasatan selepas beberapa bungkusan dipercayai mengandungi kira-kira 124kg kokain ditemukan hanyut di pantai negeri New South Wales (NSW) di timur Australia, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Polis NSW berkata bungkusan pertama yang mencurigakan itu yang dipercayai mengandungi kira-kira 39kg kokain, ditemukan hanyut ke darat pada Jumaat di Pantai Magenta, kira-kira 80 km di utara Sydney.
Pada Ahad, orang awam memaklumkan penemuan tujuh bungkusan lagi yang dipercayai mengandungi 7kg kokain di pantai Magenta dan pantai berdekatan kepada polis.
Pada Selasa, seorang nelayan memaklumkan penemuan tong biru mengandungi 39 bungkusan kokain dengan setiap satu seberat satu kilogram.
Pada hari yang sama, bungkusan kokain sebarat kira-kira 39 kg ditemukan di pantai di Newcastle, kira-kira 140km di utara Sydney.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang melaporkan penemuan sebarang bungkusan yang mencurigakan kepada polis, dan mengingatkan orang ramai bahawa memiliki dadah terlarang adalah satu kesalahan jenayah," kata pengarah operasi Jason Weinstein dalam satu kenyataan.
"Detektif dan polis pakar sedang melakukan siasatan di kawasan pantai untuk mengesan kemungkinan terdapat lagi bekalan dadah itu serta mengesan pihak yang bertanggungjawab," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023

Polis Australia melancarkan siasatan selepas beberapa bungkusan dipercayai mengandungi kira-kira 124kg kokain ditemukan hanyut di pantai negeri New South Wales (NSW) di timur Australia. - Gambar fail/EPA

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Polis Australia tahan 13 individu selepas rampasan terbesar kokain
Polis Australia menangkap dan mendakwa 13 individu selepas rampasan kokain terbesar dalam sejarah negara itu.

Polis Australia siasat penemuan kokain di kawasan pantai
Polis Australia melancarkan siasatan selepas beberapa bungkusan dipercayai mengandungi kira-kira 124kg kokain ditemukan hanyut di pantai negeri New South Wales (NSW) di timur Australia.

Penahanan warga Malaysia: PDRM, polis Australia jalin kerjasama siasat kes dadah
Polis Diraja Malaysia kini menjalin kerjasama dengan Polis Persekutuan Australia bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan seorang lelaki warga Malaysia berkaitan rampasan dadah.

Australia: Rakyat Malaysia antara 4 ditahan dalam serbuan, 600 kg meth dirampas
Polis Australia menahan empat lelaki selepas 662 kilogram methamphetamine ditemukan disembunyi dalam bungkusan gulungan tisu tandas.

Lelaki rempuh pagar masjid, keluarkan kata kesat pada jemaah
Polis Australia telah menahan seorang lelaki yang merempuh masuk kawasan masjid di Stockleigh, Queensland sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap jemaah.