SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun ditemui pihak berkuasa terbiar di luar rumahnya di Arizona, Amerika Syarikat.
Menurut satu kenyataan akhbar, ketika ditemui kanak-kanak itu hanya memakai lampin dan kemeja-T, sedang menangis dan cuba memasuki rumah.
"Kanak-kanak itu berpeluh dan begitu kotor serta mukanya merah," itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Sherif Wilayah Pinal.
Ibu bapa kanak-kanak itu tiada di rumah dan apabila dihubungi, si bapa hanya menjawab, "apa-apa sajalah," sebelum memutuskan talian.
Ibu bapa kanak-kanak, Brent dan Brianna Daley yang berusia 27 dan 25 tahun ditahan atas dakwaan cuai dan membahayakan anak dalam kejadian yang berlaku bulan lalu itu.
Lebih memeranjatkan, pasangan berkenaan mengaku meninggalkan anak mereka kerana bermain Pokemon Go.
"Pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran tentang bahaya permainan ini yang boleh melekakan, namun kami tidak sangka ia akan sampai ke tahap ini," kata Sherif Paul Babeu.
Pihak berkuasa dilaporkan tiba di rumah kanak-kanak itu selepas mendapat panggilan daripada jiran-jiran.
Pasangan Daley pada mulanya memberitahu mereka keluar membeli barangan dapur, namun menukar kenyataan selepas ditahan.
"Mereka mengakui bermain Pokemon Go selama hampir 90 minit," kata Babeu.
The Washington Post
Tue Aug 02 2016
![Pokemon Go: Pasangan ditahan abai anak, jawab apa-apa sajalah Pokemon Go: Pasangan ditahan abai anak, jawab apa-apa sajalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61469149301_PokemonGo.jpg)
Pasangan itu mengaku meninggalkan anak mereka kerana leka bermain Pokemon Go. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Stadia: Platform permainan awanan Google Stadia: Platform permainan awanan Google](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/61553040023_Stadia.jpg)
Stadia: Platform permainan awanan Google
Permainan awanan atau cloud game ini menjadi antara yang pertama di dunia sejak kewujudan permainan konsol yang menyokong sambungan dalam talian.
![Demam Pokemon GO: Lari dari amukan Pikachu! Demam Pokemon GO: Lari dari amukan Pikachu!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41472366217_JoeMurayama.jpg)
Demam Pokemon GO: Lari dari amukan Pikachu!
Pereka kesan khas dari Amerika Syarikat jadikan Pokemon Go sebagai inspirasi drama pendeknya.
![Berjaya tangkap semua watak Pokemon GO, warga Singapura nafi 'main tipu' Berjaya tangkap semua watak Pokemon GO, warga Singapura nafi 'main tipu'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471841784_TerenceHo.jpg)
Berjaya tangkap semua watak Pokemon GO, warga Singapura nafi 'main tipu'
Melalui cara ini, Ho berjaya mendapatkan Kangaskhan, watak Pokemon yang hanya boleh didapati di Australia dan New Zealand.
![Pokemon Go: Pasangan ditahan abai anak, jawab apa-apa sajalah Pokemon Go: Pasangan ditahan abai anak, jawab apa-apa sajalah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61469149301_PokemonGo.jpg)
Pokemon Go: Pasangan ditahan abai anak, jawab "apa-apa sajalah"
Ketika ditemui, kanak-kanak itu hanya mengenakan lampin dan kemeja T, dan sedang menangis dan cuba untuk memasuki rumah.
![Pokemon Go! difatwakan haram di Arab Saudi Pokemon Go! difatwakan haram di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468922219_PokemonPokemonGO.jpg)
Pokemon Go! difatwakan haram di Arab Saudi
Permainan itu diklasifikasikan haram kerana mempunyai elemen perjudian.
![Pelayan Pokemon Go! tergendala selepas dilancar di 26 buah negara Pelayan Pokemon Go! tergendala selepas dilancar di 26 buah negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468427600_PokemonGo.jpg)
Pelayan Pokemon Go! tergendala selepas dilancar di 26 buah negara
Terdapat juga dakwaan pihak tertentu yang mengaku bertanggungjawab menyebabkan gangguan.
![Gadget Nation: Ulasan Nokia Lumia 1020 Gadget Nation: Ulasan Nokia Lumia 1020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/61380466837_295x200.jpg)
Gadget Nation: Ulasan Nokia Lumia 1020
Gadget nation minggu ini membincangkan tentang pelbagai topic menarik termasuk ulasan tentang Nokia Lumia 1020.