Perdana menteri Tunisia, Hamadi Jebali mengumumkan perletakkan jawatan susulan kegagalan membentuk kerajaan teknokrat.

Pengunduran itu dijangka mengeruhkan lagi ketidakstabilan politik pasca revolusi dua tahun lalu.

Usaha pembentukan kerajaan teknokrat dilihat strategi meredakan krisis yang berpunca daripada pembunuhan seorang tokoh politik pembangkang, Chokri Belaid.

Tunisia berdepan perpecahan bukan sahaja antara kerajaan dengan pembangkang tetapi turut melibatkan anggota-anggota parti pemerintah Ennahda.

Ennahda sejak menang pilihan raya masih bergelut untuk mentadbir dalam percaturan kerjasama dengan dua parti sekular.