NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif yang kembali ke Islamabad pada Isnin selepas lawatan lima hari ke London, disahkan positif COVID-19.

Beliau tidak sihat sejak dua hari lepas dan disahkan dijangkiti virus itu pada Selasa, kata Menteri Penerangan Marriyum Aurangzeb.

Shehbaz berlepas ke London untuk bertemu abangnya dan bekas perdana menteri Nawaz Sharif selepas menghadiri Persidangan Perubahan Iklim (COP 27) di Sharm El Sheikh di Mesir pada 7 Nov.

Ini adalah kali ketiga Shehbaz dijangkiti COVID-19.

Beliau sebelum ini diuji positif pada Januari tahun ini dan Jun 2020

-- BERNAMA