Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengerahkan pemimpin tentera tertinggi negara itu bagi mengawasi pintu masuk sempadan.

Keputusan itu dibuat susulan dua wanita didapati positif COVID-19 yang dibenarkan pulang dari London tanpa mengenakan ujian saringan terlebih dahulu.

Kedua-dua wanita rakyat New Zealand itu pulang bagi mengunjungi ibu bapa mereka yang meninggal dunia, dan dikenakan pengecualian kuarantin dua minggu atas alasan belas kasihan.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan dengan kereta dari Auckland ke Wellington.

Pegawai kesihatan bagaimanapun memaklumkan, kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan dengan orang lain sepanjang perjalanan terbabit.


Namun, langkah awal diambil dengan menghubungi kesemua 320 orang yang mungkin bersentuhan dengan dua individu itu sewaktu dalam penerbangan atau pun di hotel.

Sebelum dua kes baharu diumumkan pada Selasa, New Zealand merekodkan sifar kes lebih dari tiga minggu.

BACA: New Zealand catat dua kes baharu COVID-19 selepas 'rekod bersih' 24 hari