OTTAWA: Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengisytiharkan bahawa Jumaat pertama pada Jun setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata, lapor Xinhua.
"Bermula 2 Jun ini, hari ini sempena memperingati mangsa keganasan senjata api, memberi kesedaran tentang krisis yang melanda negara kita, dan menggalakkan rakyat Kanada untuk bersama-sama mencari penyelesaian," kata Trudeau dalam satu kenyataan media.
Menurut kenyataan itu, warga Kanada diminta memakai pakaian putih pada hari itu sebagai simbol keamanan dan gencatan senjata.
Keganasan senjata api dilaporkan masih meningkat di Kanada walaupun kerajaan mengambil tindakan bersepadu, termasuk mengharamkan 1,500 model senjata api dan memperkenalkan Rang Undang-Undang C-21, iaitu undang-undang kawalan senjata api paling sukar di Kanada - dan melarang penjualan, pembelian dan pemindahan senjata api.
Satu daripada tiga kes pembunuhan di Kanada berkaitan dengan senjata api, dan negara itu menyaksikan peningkatan lebih 80 peratus melibatkan senjata api sejak 2009.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 02 2023
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengisytiharkan bahawa Jumaat pertama pada Jun setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata. - Gambar fail/AP
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
PRK Sungai Bakap: Cuaca baik membolehkan pengundi keluar awal
Cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap di sini keluar seawal mungkin.
Piala FA: Nafuzi lega KDA FC mara ke separuh akhir
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Mohd Nafuzi Zain lega selepas pasukannya berjaya mengharungi perlawanan sukar menentang Penang FC.
Air bertukar merah kesan tumpahan minyak dari kilang minyak sawit
Berdasarkan semakan LUAS di tapak, tiada aliran minyak memasuki Sungai Aur susulan penutupan pintu air di lokasi.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
PM Kanada isytihar Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengisytiharkan bahawa Jumaat pertama pada Jun setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan Menentang Keganasan Senjata.