Sehingga kini, rakaman video berdurasi 17 saat itu dimuatnaik di Twitter April Triyanto hingga ditontoni seramai 295,000 netizen, 16,700 perkongsian dan 12,500 tanda suka.
Jenazah Jannatun Cinttya Dewi mangsa pertama disahkan identiti menerusi cap jari dan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) diperolehi dari keluarga telah selamat tiba di rumahnya di kampung Suruh, Kecamatan Sukodono, Sidoarjo.
Menerusi rakaman itu, penduduk yang menunggang motosikal dilihat menolak motosikalnya setibanya di rumah Allahyarhamah.
Tindakan itu dilakukan bagi menyampaikan mesej bahawa tidak hanya keluarga dan saudara-mara, pemergiannya turut dirasai penduduk sekitar kampungnya.
Jannatun Cintya Dewi, 24, adalah seorang pegawai kerajaan yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Pangkal Pinang atas urusan kerja.