Parti pembangkang pimpinan Aung San Suu Kyi menang majoriti di Parlimen yang sekaligus akan membolehkannya memilih presiden dan menubuhkan kerajaan dalam sebuah transisi peralihan kuasa bersejarah daripada pihak tentera.

Dalam pilihan raya yang pertama kali disertai oleh parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) sejak 1990, penduduk keluar mengundi beramai-ramai dan menyumbang 80 peratus kerusi dimenangi oleh NLD.

Keputusan daripada Kesatuan Suruhanjaya Pilihan Raya menyaksikan NLD pada hari Jumaat dengan mudah memenangi majoriti sebanyak dua pertiga seperti mana yang disyaratkan untuk mentadbir, manakala 348 kerusi parlimen belum diisytiharkan keputusannya.

Kerajaan sekarang memberi isyarat bahawa parti Suu Kyi akan membawa perubahan besar kepada landskap politik dalam sebuah negara yang selama lima dekad ditadbir oleh tentera itu.

Kemenangan dengan majoriti selesa akan memberi kawalan kepada parti pimpinan Suu Kyi di Dewan Negara, sekaligus membenarkan beliau memilih presiden dan membentuk kerajaan.

Suu Kyi dilarang daripada memegang jawatan presiden oleh sebuah perlembagaan yang diskripkan junta, yang turut menjamin 25 peratus blok kerusi untuk tentera.

Beliau berjanji untuk memimpin dari "atas, lebih tinggi daripada presiden" dan akan menguasai larangan piagam dengan melantik seorang proksi untuk menduduki jawatan tertinggi.

"NLD boleh meluluskan apa sahaja undang-undang yang mereka mahu, mereka tidak perlu membentuk perikatan, dan mereka juga tidak perlu membina hubungan baik melebihi daripada yang sepatutnya," penganalisis bebas Myanmar Richard Horsey memberitahu AFP.

Tetapi ketika peralihan itu berlangsung, NLD perlu prihatin dan "melibatkan semua pihak di dalamnya," tambah beliau.

Mengadakan perbincangan perdamaian

Suu Kyi telah mengadakan perbincangan perdamaian kebangsaan dengan Presiden Thein Sein dan ketua tentera, Min Aung Hlaing.

Kedua-dua mereka telah mengucapkan tahniah kepada NLD atas kejayaannya dalam pilihan raya berkenaan dan telah berjanji untuk mematuhi dengan keputusan serta membantu melancarkan proses peralihan kuasa.

Parti Pembangunan dan Kesatuan Penyatuan pimpinan Thein Sein, yang terdiri daripada bekas anggota tentera, kalah teruk dalam pilihan raya kali ini .

Namun, presidennya tetap diberi pujian kerana mengemudi reformasi yang dapat dilihat dalam proses pengundian yang aman.

Ketua Setiausaha PBB, Ban Ki-moon mengucapkan tahniah kepada Suu Kyi dan memuji "keberanian dan wawasan" Thein Sein di atas "kepimpinan yang membawa pembaharuan".

Namun, pihak tentera tidak akan berundur. Malah, ia terus mengekalkan pengaruh utama dengan blok parlimennya telah mempunyai kuasa ke atas perubahan perlembagaan.

Terdapat juga beberapa jawatan-jawatan menteri utama yang diperuntukkan khusus untuk mereka.

Ramai penyokong NLD masih amat sangsi terhadap tentera dan sekutu politiknya, yang dikenali dengan tipu muslihat dan tindakan-tindakan yang menyebabkan ratusan terkorban dan beribu-ribu dipenjarakan.