BANGKOK: Menjelang Pilihan Raya UmumThailand pada 14 Mei nanti, rakyat di luar negara akan mula mengundi pada Selasa (25 April) di pejabat kedutaan dan konsulat agung.
Terdapat sejumlah 115,139 warga Thailand berdaftar sebagai pengundi luar negara.
Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sawaeng Boonmee berkata pengundian awal akan berakhir pada 5 Mei bagi memastikan kertas undi sampai di Thailand pada hari pengundian.
Beliau berkata kertas undi itu akan dihantar ke Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Thailand melalui 'diplomatic pouches' atau dibawa sendiri oleh pegawai kedutaan sebelum diedarkan ke kawasan masing-masing dan dikira pada hari pengundian.
Timbalan Jurucakap Kerajaan Ratchada Thanadirek berkata SPR mungkin menetapkan tarikh pengundian baharu bagi warga Thailand di Sudan disebabkan konflik di negara itu.
Kementerian Luar Negeri (MFA) dan agensi berkaitan akan bekerjasama rapat untuk memastikan semua kertas undi akan sampai ke Thailand pada masa yang ditetapkan.
MFA telah membangunkan Sistem Pemantauan Pengundian Luar Negara (OVMS) untuk memantau perkembangan situasi di pusat pengundian di luar negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 25 2023
![Pilihan Raya Thailand: Pengundi luar negara mula mengundi pada Selasa Pilihan Raya Thailand: Pengundi luar negara mula mengundi pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682439409_thailandpilihanraya.jpg)
Pengundian awal akan berakhir pada 5 Mei bagi memastikan kertas undi sampai di Thailand pada hari pengundian. - Gambar Bernama
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
![Pilihan Raya Thailand: Pengundi luar negara mula mengundi pada Selasa Pilihan Raya Thailand: Pengundi luar negara mula mengundi pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41682439409_thailandpilihanraya.jpg)
Pilihan Raya Thailand: Pengundi luar negara mula mengundi pada Selasa
Menjelang Pilihan Raya Umum Thailand pada 14 Mei nanti, rakyat di luar negara akan mula mengundi pada Selasa (25 April) di pejabat kedutaan dan konsulat agung.