NARATHIWAT: Pihak Berkuasa Thailand telah mengenal pasti empat orang suspek yang terlibat dalam insiden letupan bom kereta yang menyebabkan seorang pegawai polis maut, manakala lebih 40 orang cedera di perkarangan kuarters polis di Narathiwat, selatan Thailand pada Selasa.
Komander Tentera Bahagian Ke-4 Leftenan Jeneral Santi Sakuntanark berkata siasatan awal mendapati kumpulan yang mendalangi letupan itu aktif di Tak Bai, Sungai Kolok dan Muang di Narathiwat.
Beliau berkata pihak polis sedang menjejaki wanita berusia 32 tahun dari Yaring, Pattani yang merupakan pemilik pikap yang digunakan dalam letupan bom di perkarangan kuarters polis untuk membantu siasatan.
"Wanita itu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan," katanya kepada pemberita selepas meninjau di lokasi letupan bom kereta di Daerah Muang, Narathiwat semalam.
Insiden kira-kira 12.45 petang (waktu tempatan) pada Selasa, sebutir bom buatan sendiri antara 80 hingga 100 kilogram dipasang dalam sebuah pikap dan diletupkan di perkarangan kuarters polis. Kuarters dua tingkat itu menempatkan 70 keluarga anggota dan pegawai polis.
Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki memandu sebuah pikap ke tempat letak kereta di pekarangan kuarters polis sebelum beredar dari kawasan itu dengan menaiki sebuah motosikal.
Tidak lama kemudian, bom tersebut meletup dan letupan itu menyebabkan bangunan dan kenderaan di tempat letak kereta berhampiran kuarters polis berkenaan terbakar dan mengalami kerosakan teruk.
Setakat ini, Hospital Narathiwat Rajanagarindra menyatakan 43 orang telah menerima rawatan di hospital termasuk tiga kanak-kanak berusia antara 10 bulan dan 11 tahun.
Sehingga 6 petang (waktu tempatan), 10 orang masih menerima rawatan di hospital manakala lain dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sementara itu, Timbalan Komander Tentera Bahagian Ke-4, Mej Jen Pramote Prom-in berkata pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan keselamatan di Narathiwat termasuk mengadakan sekatan jalan untuk menjejaki suspek yang terlibat dalam letupan bom.
"Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat motif serangan kali ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
![Pihak berkuasa Thailand kenal pasti suspek terlibat letupan bom kereta di Narathiwat Pihak berkuasa Thailand kenal pasti suspek terlibat letupan bom kereta di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41669236854_SomkiatPholprayoon.jpg)
Setiausaha Agung Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan Laksamana Muda Somkiat Pholprayoon melawat mangsa yang cedera dalam insiden letupan bom kereta di pekarangan kuarters polis di Narathiwat 22 Nov 2022. - Gambar fail BERNAMA
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat 25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739618435_950x600.jpg)
25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.
![14 maut dalam serangan pengganas di Syria 14 maut dalam serangan pengganas di Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738585484_SyrianCivilDefense.jpg)
14 maut dalam serangan pengganas di Syria
Sebuah kenderaan yang dipenuhi bom meletup di pintu masuk selatan Manbij, yang berada di bawah kawalan Tentera Nasional Syria (SNA).
![Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736751201_TBPATTANI.jpg)
Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pagi Isnin.
![Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735046469_TBMAPNRATHIWATjpg.jpg)
Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.
![Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727362206_TBMAPNRATHIWATjpg.jpg)
Lapan anggota renjer cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Semua anggota renjer yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Rangae dan Hospital Narathiwat.
![Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-07/41562154164_YalaThailand.jpg)
Seorang maut, 18 cedera dalam letupan bom di Yala
Seorang wanita maut manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.
![Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/81445391889_Explosion.jpg)
Seorang maut, 13 cedera dalam dua letupan bom di Narathiwat
Seorang maut dan 13 termasuk seorang anggota polis cedera dalam dua letupan bom di Daerah Jok Irong dan Sukhirin di Narathiwat, selatan Thailand, pagi tadi.
![Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715204239_LetupanbomNarathiw.jpg)
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.
![Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714396015_sempadan.jpg)
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
![Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712835132_RazarudinHusain.jpg)
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.