Pihak berkuasa Thai menasihatkan orang ramai jangan bimbang tentang amaran seorang pegawai daerah tentang kemungkinan serangan bom kereta di salah sebuah pusat perniagaan paling sibuk di Bangkok.
Timbalan Perdana Menteri Jen Prawit Wongsuwan, yang bertanggungjawab bagi keselamatan nasional, berkata amaran serangan itu di daerah Sathorn berasaskan 'maklumat lama' dan pegawai-pegawai telah diminta berjaga-jaga.
"Itu adalah maklumat lama yang kerajaan sentiasa pantau, jadi jangan bimbang.
"Semua pegawai beruniform dan pegawai preman sedang bertugas sepenuhnya mengendali hal perisikan itu," katanya kepada media di Rumah Kerajaan pada Rabu.
Prawit, yang juga Menteri Pertahanan, menggesa semua pihak bekerjasama bagi menyekat sebarang indisen tidak diingini dan menjamin keselamatan awam.
Timbalan Perdana Menteri memberi respons terhadap satu laporan media yang mengaitkan sebuah memo yang bocor oleh pegawai daerah Sathorn mengenai serangan bom itu.
Sebelum sidang media itu, Prawit mengadakan mesyuarat tertutup dengan anggota kanan Majlis Keselamatan dan Ketenteraman Nasional (NCPO).
Beliau turut menemui Panglima Tentera Darat Jen Chalermchai Sitthisart.
Sebagai sebuah daripada daerah perniagaan yang utama di bandaraya ibu kota, Sathorn menempatkan banyak pejabat syarikat multinasional dan kedutaan termasuk dari Malaysia, Jerman, Australia dan Singapura.
Memo yang bocor itu antara lain menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap kereta atau trak pikap yang mencurigakan.
Memo keselamatan pegawai daerah itu menyusuli satu lagi memo bocor polis baru-baru ini tentang ancaman serangan ke atas lima sasaran di Bangkok dan Samut Prakan dengan bom kereta.
Ancaman itu berkebetulan dengan ulang tahun ke-12 insiden Tak Bai minggu lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2016

PRAWIT: Semua pegawai beruniform dan pegawai preman sedang bertugas sepenuhnya mengendali hal perisikan itu.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.

Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.