Rusuhan dilaporkan tercetus di beberapa lokasi di ibu negara Belgium itu di mana peminat bola sepak kedua-dua negara bertempur sesama sendiri.
Anggota polis terpaksa melepaskan meriam air dan gas pemedih mata dalam usaha memulihkan keadaan.
Beberapa kenderaan termasuk skuter elektrik dilaporkan dibakar orang ramai.
"Sekitar jam 7 malam keadaan kembali tenang namun pihak polis masih adakan kawalan di kawasan terlibat.
"Perusuh menggunakan mercun bagi membakar jalan raya dan seorang wartawan dilaporkan cedera di bahagian muka," kata jurucakap polis, Ilse Van de Keere.
Skuad Maghribi mencipta <<remove salah satu>> kejutan dalam saingan Piala Dunia Qatar apabila menewaskan salah satu pasukan pilihan, Belgium 2-1 dalam aksi peringkat Kumpulan F di Stadium Al-Thumama pada Ahad.
Piala Dunia Qatar: Benam Belgium warnai malam penuh indah buat Maghribi