VIENNA: Pewaris sebuah syarikat farmaseutikal Austria-Jerman, Marlene Engelhorn bersikap mulia apabila mahu mengagihkan harta yang diwarisi daripada neneknya.
Menurut portal BBC, Engelhorn, 31, kini mahu 50 warga Austria menentukan bagaimana harta bernilai 25 juta euro (kira-kira RM127 juta) diwarisinya itu diagihkan.
"Saya sudah mewarisi kekayaan dan kuasa tanpa melakukan apa-apa untuk itu. Negara tidak mahu (mengenakan) cukai," katanya.
Austria memansuhkan cukai harta pusaka pada tahun 2008 - salah sebuah daripada segelintir negara Eropah yang tidak mengenakan cukai harta pusaka.
Bagaimanapun, Engelhorn, pewaris kepada Friedrich Engelhorn iaitu pengasas syarikat kimia dan farmaseutikal Jerman, BASF menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang tidak adil.
Engelhorn mewarisi kekayaan apabila neneknya, Traudl Engelhorn-Vechiatto meninggal dunia pada September 2022.
Majalah Forbes menganggarkan kekayaan Traudl Engelhorn-Vechiatto pada AS$4.2 bilion (kira-kira RM19.5 bilion).
Sebelum neneknya itu meninggal dunia, Engelhorn sudah mengisytiharkan bahawa beliau mahu mengagihkan kira-kira 90 peratus daripada harta yang diwarisinya.
Pada Rabu, 10,000 jemputan menerusi surat secara rawak yang menyasarkan warga Austria untuk terbabit dalam platform bagi memikirkan cara mengagihkan harta berkenaan.
Mereka yang ingin mengambil bahagian dalam inisiatif dikenali sebagai Good Council for Redistribution itu boleh mendaftar secara dalam talian atau melalui telefon.
Daripada sampel awal 10,000 warga Austria yang berumur lebih daripada 16 tahun itu, 50 orang bertuah akan dipilih untuk menggalas tugas untuk menentukan pengagihan harta berkenaan. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun Jan 14 2024

Engelhorn mahu mengagihkan harta yang diwarisi daripada neneknya. - Foto X/Tibor M. Kalman
Transaksi penipuan bernilai RM399 juta berjaya dihalang pada 2024 - BNM
BNM menekankan bahawa usaha menangani penipuan dalam talian memerlukan pendekatan menyeluruh di peringkat negara, dengan usaha berterusan untuk memperkukuh pencegahan penipuan, meningkatkan penguatkuasaan dan memperluaskan kesedaran pengguna.
BYD atasi Tesla, catat pendapatan AS$107.2 bilion pada 2024
BYD mencatatkan pendapatan sebanyak 777.1 bilion yuan (US$107.2 bilion) pada 2024, mengatasi Tesla dengan jumlah pendapatan yang lebih tinggi. Syarikat EV dari China ini juga terus mengembangkan pasaran Eropah dan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas yang lebih canggih berbanding pesaingnya.
![[KOLUMNIS] 218 Tahun PDRM: Benteng keselamatan, teras keharmonian [KOLUMNIS] 218 Tahun PDRM: Benteng keselamatan, teras keharmonian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-03/71742865670_Polis.jpg)
[KOLUMNIS] 218 Tahun PDRM: Benteng keselamatan, teras keharmonian
Walau kita mungkin berpeluang menyaksikan fungsi hanya segelintir jabatan di dalam PDRM, hakikatnya setiap jabatan tidak culas melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

TMM: 125 tahun Jambatan Victoria, kerja baik pulih diperlukan
Banyak lampu yang dipasang sebelum ini bagi keselamatan dan kemudahan penduduk sekitar jambatan itu, kini tidak lagi berfungsi.
AWANI Pagi: Amplifying ASEAN Concert Opportunities
Music knows no borders and ASEAN’s concert scene is booming! Join us on ASEAN KITA with Live Nation’s Paramanathan Rajagopal as we explore exciting opportunities bringing Southeast Asia together through live entertainment.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

World #QuranHour sasar 10,000 peserta
Marhaini berkata, setakat ini sekitar 3,000 peserta telah mendaftar, namun ramai yang menyatakan minat untuk hadir tanpa pendaftaran rasmi.

E-pembayaran catat peningkatan, transaksi e-pembayaran runcit terpilih cecah RM698.1 bilion pada 2024
E-pembayaran mencatatkan peningkatan pada 2024, disokong oleh kerancakan aktiviti penggunaan, dengan jumlah nilai transaksi e-pembayaran runcit terpilih meningkat sebanyak 17 peratus, mencecah RM698.1
Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Kementerian Sumber Manusia menggalakkan majikan media mencarum untuk petugas sambilan bagi melindungi keselamatan mereka. Setakat tahun lepas, 700 wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah mencarum.
Kerajaan tubuh jawatankuasa kaji Kanun Keseksaan
Kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dan memperbaharui Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah, dan Akta Keterangan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal.
Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Seorang pemandu kereta ditahan selepas merempuh penunggang motosikal yang berteduh di lorong kecemasan di Lebuhraya KL-Seremban.

Pewaris syarikat farmaseutikal Jerman mahu agih harta pusaka neneknya
Engelhorn mahu 50 warga Austria menentukan bagaimana harta bernilai 25 juta euro (kira-kira RM127 juta) diwarisinya itu diagihkan.