Institut Nobel yang berpangkalan di Oslo, Norway telah menerima petisyen mengandungi lebih 100,000 tandatangan yang menyokong supaya Bradley Manning dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan.

Pencalonan Manning dibuat aktivis perdamaian Amerika Syarikat Mairead Maguire.

Maguire menganggap Manning sebagai pahlawan kerana berani mendedahkan dokumen sulit tentera Amerika Syarikat di Wikileaks.

Sabit kesalahan, Manning bakal berdepan hukuman penjara sehingga 90 tahun.

Petisyen berkenaan diserahkan oleh aktivitis anti-perang Amerika Normon Solomon kepada jawatankuasa Nobel, Asle Toke di Oslo, Norway.

Kali terakhir hadiah Nobel keamanan diberi kepada pemenang yang dipenjarakan ialah kepada aktivis pro demokrasi dan kebebasan hak asasi China Liu XiaoBo pada 2010.

Selain Manning, calon-calon lain untuk hadiah berkenaan adalah Svetlana Gannushkina, aktivis dari Rusia serta Yulia Tymoshenko, bekas Perdana Menteri Ukraine.