Penunjuk perasaan protes perubahan iklim di London merancang mengadakan himpunan besar-besaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow bertujuan untuk mengganggu kelancaran di fasiliti berkenaan.
Kumpulan aktivis alam sekitar 'Extinction Rebellion' yang mengetuai protes berkata, penunjuk perasaan akan bergerak menuju ke lapangan terbang terbabit hari ini.
Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow merupakan antara lapangan terbang paling sibuk di dunia.
Protes yang telah berlanjutan selama empat hari itu menyaksikan hampir 500 orang ditahan Perkhidmatan Polis Metropolitan (Met) kerana pelbagai kesalahan termasuk mengganggu ketenteraman awam.
"Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow adalah sebahagian daripada infrastruktur negara dan kami tidak akan membenarkan para penunjuk perasaan mengganggu urusan ribuan pengguna lapangan terbang terbabit," kata Met.
Dalam pada itu, kerajaan menyokong segala tindakan polis bagi menangani protes yang telah melumpuhkan sebahagian daripada bandar London dan menjejaskan rutin harian penduduk.
Penganjur protes memberi amaran kekacauan akan berterusan sehingga kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan untuk melaksanakan tindakan lebih progresif dalam membendung perubahan iklim.
Secara spesifik, penunjuk perasaan mahu undang-undang bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kepada sifar peratus menjelang tahun 2025.
Sinar Harian
Fri Apr 19 2019
Hampir 500 orang ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mengganggu ketenteraman awam. - Foto AP Photo/Vudi Xhymshiti
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Polis London tahan 90 penunjuk perasaan
Kumpulan aktivis alam sekitar mencetuskan gangguan di seluruh UK sejak dua minggu lalu, turut menyaksikan ratusan orang berkumpul di hadapan Parlimen UK di tengah London pada Selasa.
Perubahan iklim: Penunjuk perasaan 'lekat' diri pada jalan
Kumpulan itu daripada gerakan 'Extinction Rebellion' berkumpul di persimpangan jalan tersebut dan melekatkan diri mereka pada jalan itu.
Minggu Fesyen London jadi sasaran protes guna gam dan 'darah'
Semua itu dilakukan demi memberi kesedaran kepada umum bahawa industri pembuatan pakaian meninggalkan impak alam sekitar.
Peserta protes di London rancang himpunan di lapangan terbang
Kerajaan menyokong segala tindakan polis bagi menangani protes yang telah melumpuhkan sebahagian daripada bandar London itu.