TOKYO: Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa lapan penumpang terhempas di perairan pulau Yakushima, Wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
Menurut penyiar awam Jepun NHK yang memetik pihak berkuasa tempatan, Pengawal Pantai Jepun menerima panggilan kecemasan mengenai nahas melibatkan pesawat pengangkut jenis Osprey itu kira-kira 2.47 petang waktu tempatan (0547 GMT), lapor Xinhua.
Nahas berlaku selepas pesawat itu berlepas dari pangkalan Iwakuni di Wilayah Yamaguchi menuju pangkalan Kadena di Okinawa
Kementerian pertahanan Jepun berkata pesawat itu hilang daripada radar pada 2.40 petang waktu tempatan.
Jurucakap pengawal pantai Jepun Kazuo Ogawa berkata bot peronda dan pesawat dikerah ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.
Bagaimanapun, masih tiada maklumat lanjut mengenai nahas itu, termasuk keadaan penumpang.
Pegawai cuaca berkata nahas berlaku ketika cuaca cerah dan baik di Yakushima dengan kelajuan tiupan angin pada 2.30 petang waktu tempatan adalah 6.84 kilometer sejam.
Tiada amaran atau nasihat dikeluarkan ketika kejadian.
Osprey yang juga boleh terbang seperti helikopter mempunyai rekod kemalangan di Jepun dan di luar negara.
Ogos lepas, sebuah pesawat Osprey terhempas di utara Australia, mengorbankan tiga orang kru. Sebuah lagi Osprey terhempas di pulau selatan Okinawa, Jepun pada Disember 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa lapan penumpang terhempas di perairan pulau Yakushima, Wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu. - Foto REUTERS
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Pesawat tentera AS terhempas di perairan Jepun
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa lapan penumpang terhempas di perairan pulau Yakushima, Wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.