ANKARA: Sebuah jet Super Hornet milik Tentera Laut Amerika Syarikat yang berada di atas kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman diterbangkan angin ribut akibat "cuaca buruk" di Laut Mediterranean, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tentera Laut.

"Seorang pegawai cedera ringan ketika menjalankan operasi dalam keadaan cuaca buruk.

"Mangsa berada dalam keadaan stabil dan dijangka pulih sepenuhnya," kata Komando Armada Keenam Tentera Laut AS dalam satu kenyataan merujuk insiden yang berlaku pada Jumaat.

Kapal pengangkut itu sedang menjalankan misi pengisian semula bekalan di laut, dan misi itu ditamatkan melalui prosedur seperti telah ditetapkan, menurut kenyataan itu.

Butiran dan punca kejadian sedang disiasat.

-- BERNAMA