YEYSK: Sekurang-kurangnya empat terkorban manakala 25 yang lain cedera selepas sebuah pesawat tempur rusia terhempas di kawasan kediaman sebuah bandar pelabuhan di sini.

Dilaporkan pesawat pejuang SU-34 itu terhempas ketika sedang menjalani sesi latihan setelah mengalami kerosakan enjin.

Kedua-dua juruterbang bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri, namun pesawat terhempas ke kawasan perumahan.

Kejadian menyebabkan kebakaran besar di beberapa tingkat bangunan pangsapuri sembilan tingkat di situ.

Sekurang-kurangnya 17 pangsapuri terjejas dan kira-kira 100 penduduk dipindahkan ke tempat tinggal sementara.

Pihak berkuasa masih mengenal pasti punca sebenar kejadian namun jurucakap jawatankuasa penyiasatan Rusia dalam pada itu mengesahkannya sebagai kes jenayah.

Yeysk ialah sebuah bandar menempatkan pangkalan udara Rusia dengan populasi 90,000 penduduk.