Sebuah pesawat yang membawa bekalan bantuan perubatan COVID-19 terhempas di Somalia pada Isnin.
Menurut laporan berita tempatan, pesawat yang dikendalikan East African Express Airways itu terhempas di bandar Bardale.
Kejadian menyebabkan kesemua enam penumpang dan kru meninggal dunia, kata Menteri Pengangkutan Somalia Mohamed Salad kepada Reuters.
Pesawat yang membawa warga Kenya dan Somalia itu dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar peralatan perubatan ke bandar.
Enam yang maut ialah juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera penerbangan, juruterbang pelatih, serta dua orang yang bekerja untuk syarikat penerbangan.
"Lima mayat berjaya ditemui setakat ini," kata Mohamed Salad.
Kerajaan Somalia menghantar pasukan untuk menyiasat dan akan tiba pada Selasa selain menyambut baik mana-mana bantuan antarabangsa.
Beliau menolak untuk membuat spekulasi mengenai punca nahas namun bekas menteri pertahanan mendakwa saksi di lapangan terbang melihat pesawat itu terhempas setelah ditembak.
Abdirashid Abdullahi Mohamed mendakwa saksi tersebut melihat pesawat itu yang cuba untuk mendarat pada awalnya terpaksa berpatah balik kerana ada haiwan liar di landasan, namun ia ditembak di sayap pada cubaan kedua untuk mendarat.
Dia turut memberikan gambar yang menunjukkan pesawat itu terbakar, serpihannya tersebar di beberapa kawasan, namun ekor pesawat itu tidak terjejas.
Abdirashid turut memberikan senarai penumpang dengan enam nama, bagaimanapun kesahihan gambar atau nama berkenaan tidak dapat disahkan.
Astro Awani
Tue May 05 2020
Pesawat itu dikatakan membawa peralatan perubatan ke bandar dan bersama di dalam pesawat berkenaan warga Kenya dan Somalia. - Gambar Twitter/Harunmaruf
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pesawat bawa peralatan perubatan COVID-19 terhempas, enam maut
Pesawat yang membawa warga Kenya dan Somalia itu dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar peralatan perubatan ke bandar.