SEORANG pelancong pedofil di Adelaide dijatuhi hukuman penjara 40 tahun selepas mengaku bersalah di atas 50 pertuduhan mendera kanak-kanak secara seksual di Australia.
Ia sekali gus menjadikannya pesalah pedofil paling keji dan dijatuhi hukuman penjara paling panjang dalam kesalahan melibatkan kanak-kanak di Australia.
Ruecha Tokputza, 31, dijatuhi hukuman di Mahkamah Daerah Australia Selatan selepas dia mengaku bersalah terhadap 50 pertuduhan yang dilakukan di antara 2011 dan 2018 terhadap bayi dan kanak-kanak lelaki.
Pendakwa Raya, Heath Barklay SC sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kes tersebut lebih serius daripada disangka dan turut menganggapnya sebagai kejadian paling buruk di Australia.
Tokputza ditangkap pada 2018 menerusi siasatan bersama yang dijalankan oleh Polis Persekutuan Australia, Polis Australia Selatan, Polis New South Wales dan Interpol.
Mahkamah juga memberitahu Tokputza mempunyai ribuan gambar dan video hasil daripada eksploitasi seks peliknya.
Hakim Liesl Chapman pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun dan tiga bulan dengan tidak dibenarkan parol selama 28 tahun ke atas Tokputza.
Afiq Ariffin
Fri May 17 2019
Tokputza dijatuhi hukuman penjara 40 tahun selepas mengaku bersalah di atas 50 pertuduhan mendera kanak-kanak secara seksual di Australia. -Gambar fail
Malaysia perlukan lebih ramai penyelidik dalam industri - Mohammad Yusof
Perubahan ini penting untuk meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam menuju ke arah aktiviti yang bernilai tambah tinggi.
Xi Jinping kenang 50 tahun hubungan China-Malaysia, seru kerjasama lebih erat
Mengimbas kembali kemajuan diplomatik baru-baru ini, Xi menekankan kepentingan 50 tahun hubungan diplomatik China-Malaysia.
Perdana Menteri Palestin gesa PBB bertindak hentikan genosid di Gaza
Mustafa menyeru pihak antarabangsa memberikan tekanan yang lebih agar Israel bertanggungjawab atas jenayahnya.
Potensi eksport Malaysia, aliran masuk FDI dijangka lebih cerah dengan kemenangan Trump
Perkara itu melibatkan sektor terutamanya elektronik, jentera, dan minyak sawit.
Laman web mahkamah Korea Selatan disyaki digodam DDoS
Gangguan ke atas rangkaian secara tiba-tiba itu hanya menjejaskan laman sesawang mahkamah yang menyediakan perkhidmatan awam.
Lebih 90 peratus peserta MyLesen berjaya miliki lesen - Loke
Loke berkata, baki peserta program MyLesen masih mengikuti latihan dan ujian akan diselesaikan sebelum akhir tahun ini.
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
'Pesalah paling keji' dipenjara 40 tahun kerana dera kanak-kanak secara seksual
Seorang pelancong pedofil di Adelaide dijatuhkan hukuman penjara bagi tempoh kira-kira 40 tahun selepas mengaku bersalah ke atas semua 50 pertuduhan mendera kanak-kanak secara seksual di Australia.