SEORANG pesakit lelaki yang dimasukkan ke hospital selepas didiagnos memiliki tumor atau ketumbuhan menemui ajal bukan kerana penyakit tersebut.


Ringkasan AI
  • Seorang lelaki Myanmar maut ditembak di hospital Khon Kaen, Thailand, ketika menunggu pembedahan.
  • Pesakit tersebut tidak maut akibat tumor seperti yang disyaki, tetapi ditembak di atas katil di wad lelaki.
  • Polis sedang menyiasat kes ini dan mengesan suspek melalui rakaman CCTV di hospital.


Sebaliknya, lelaki Myanmar yang merupakan seorang pekerja kilang di Thailand itu maut kerana ditembak, lapor Bangkok Post.

Lebih sadis, Kyaw Swar Aong, 29, maut ditembak di atas katil di dalam wad lelaki Hospital Khon Kaen sewaktu menunggu giliran untuk pembedahan.

Menurut kronologi kes, seorang lelaki yang menyamar sebagai pelawat telah bertanya kepada seorang jururawat mengenai keberadaan Aong.

Selepas mengetahui Aong berada di dalam wad lelaki, dia masuk sebelum melepaskan tembakan dan berlalu pergi.

Teman wanita mangsa mendakwa kekasihnya tidak mempunyai musuh.

Namun dia mengaku baru mengetahui Aong ada membuat pinjaman sekitar RM130 daripada rakan di kilang mereka dan memberikan kad ATM bank sebagai ganjaran.

Pihak polis kini giat melakukan siasatan dan mengesan lelaki yang menembak Aong menerusi rakaman CCTV di hospital tersebut. - Gempak