LONDON: London sedang menggubal draf undang-undang yang akan membolehkan sekatan dikenakan ke atas mana-mana organisasi dan individu Rusia, kata Setiausaha Luar United Kingdom (UK) Liz Truss pada Ahad.
"Kami hanya boleh menyasarkan syarikat yang terlibat secara langsung menggugat kestabilan Ukraine.
"Kami mahu meningkatkan sekatan terhadap mana-mana syarikat yang berpihak dengan Kremlin, dan rejim di Rusia akan menjadi sasaran," Sputnik memetik Truss sebagai berkata dalam temu bual untuk stesen penyiar UK Sky News.
Beliau menambah bahawa "tiada tempat persembunyian buat golongan kaya raya yang berpihak kepada Putin (Presiden Rusia Vladimir Putin), bagi syarikat Rusia yang menyokong negara Rusia".
Draf undang-undang mengenai sekatan yang lebih tegas ke atas Rusia dijangka dibentangkan di Parlimen UK pada Isnin.
"Ia pasti tidak mudah buat Rusia," katanya.
Truss menambah bahawa London tidak menolak kemungkinan bahawa harta golongan kaya raya Rusia di ibu negara UK mungkin dirampas, sebagai sebahagian daripada sekatan lebih tegas terhadap Rusia sekiranya keadaan di sekitar Ukraine bertambah buruk ekoran ancaman Rusia untuk menyerang negara itu.
Ketika menjawab soalan bahawa sekatan itu mungkin menjejaskan pelabur British, Truss berkata bahawa "kebebasan dan demokrasi" adalah "lebih penting daripada isu kewangan".
- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 30 2022
Truss berkata, draf undang-undang mengenai sekatan yang lebih tegas ke atas Rusia dijangka dibentangkan di Parlimen UK pada Isnin. - Gambar/ AP
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Kadar pengangguran di UK meningkat secara mengejut
Kadar pengangguran di Britain meningkat secara tidak dijangka ke tahap tertinggi sejak musim panas 2021 ketika pasaran pekerjaan terus melemah.
Pelajar 'kuasai' kampus universiti di UK protes konflik di Gaza
Pelajar pro-Palestin di United Kingdom (UK) telah berhimpun dalam protes di universiti-universiti di seluruh negara itu berikutan tunjuk perasaan di beberapa kampus di Amerika Syarikat (AS).
Raja Charles III zahir ucapan tahniah kepada Agong baharu Malaysia
Raja Charles III dan Ratu Camilla mzahirkan ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim sempena pengisytiharan baginda sebagai YDPA ke-17.
Kanak-kanak UK hilang sejak 6 tahun lalu dijumpai di Perancis
Seorang kanak-kanak lelaki warga Britain yang ditemukan di Perancis selepas dipercayai dilarikan ibu kandungnya enam tahun lalu menyatakan hasrat untuk bertemu neneknya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Greta Thunberg akan didakwa di mahkamah UK
Greta Thunberg akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster London pada Rabu atas dakwaan menjejaskan ketenteraman awam semasa melakukan protes di London, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Tawaran UK, Ireland anjur Euro 2028 tunggu kelulusan rasmi
Tawaran bersama UK dan Ireland untuk menjadi tuan rumah Euro 2028 dijangka diluluskan secara rasmi lewat Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kelewatan perjalanan udara UK mungkin berterusan beberapa hari
Gangguan sistem kawalan udara United Kingdom (UK) memaksa ribuan penumpang syarikat penerbangan terkandas pada Isnin, dengan potensi gangguan berlanjutan.
EU beri amaran kepada UK terhadap penghantaran pendatang ke Rwanda
Suruhanjaya Eropah berulang kali suarakan kebimbangan terhadap RUU Migrasi Haram, yang dirancang digunakan oleh Perdana Menteri UK Rishi Sunak.