SITUASI pendidikan sudah semakin berbeza.
Edisi tahunan ke-19 Times Higher Education (THE) World University Rankings yang diterbitkan pada 12 Oktober, menunjukkan trend perubahan di mana jumlah institusi pendidikan di Amerika Syarikat (AS) yang berada dalam kedudukan 100 terbaik dunia semakin berkurangan, manakala jumlah dari negara Asia semakin meningkat.
Pada 2018, AS mendominasi hampir separuh daripada 100 kedudukan teratas dalam ranking dunia, dengan 43 buah universiti. Dalam edisi terbaharu, hanya 34 institusi berjaya, dengan nama-nama besar seperti Kolej Dartmouth, Universiti Ohio State dan Michigan State kehilangan status 100 teratas mereka.
Sementara itu, jumlah institusi pendidikan di China dalam kedudukan 100 teratas telah meningkat daripada hanya dua pada 2018, kepada tujuh hari ini. Hong Kong mempunyai lima institusi, meningkat daripada hanya tiga pada 2018.
Korea Selatan mempunyai tiga universiti dalam kedudukan 100 teratas, meningkat daripada dua pada 2018. Singapura dan Jepun masing-masing mempunyai dua tempat.
Di Asia Barat, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerajui apa yang dipanggil oleh sesetengah pihak sebagai kebangkitan baharu yang dipacu oleh inovasi dan penciptaan pengetahuan, disokong oleh pelaburan besar.
Universiti King Abdulaziz merupakan salah sebuah universiti yang menunjukkan peningkatan prestasi paling ketara, melonjak ke kedudukan ke-101 tahun ini, daripada ke-190 tahun lalu, malah negara itu juga negara yang paling meningkat dari segi skor purata kebangsaan.
Di UAE, daripada enam universiti UAE yang cemerlang, lima merekod peningkatan ketara, didahului oleh Universiti Emiriah Arab Bersatu dan Universiti Sharjah, kedua-duanya melonjak tahun ini ke dalam senarai 300 teratas dunia.
Kedudukan ranking dunia oleh THE telah menjadi barometer bagi melihat perubahan dalam inovasi global dan pengetahuan ekonomi, menyokong penggubalan dasar kerajaan dan keputusan strategik universiti, serta menyokong jutaan pelajar untuk memutuskan institusi paling dipercayai untuk melanjutkan pelajaran.
The World University Rankings adalah berdasarkan 13 metrik prestasi, meliputi misi teras universiti penyelidikan antarabangsa dengan mengambil kira aspek pengajaran, penyelidikan, pertukaran pengetahuan dan pandangan antarabangsa.
Edisi 2023 adalah berdasarkan analisis terhadap lebih 15.5 juta penerbitan penyelidikan, dan lebih 112 juta petikan daripada penerbitan, serta tinjauan lebih 40,000 ahli akademik di seluruh dunia tentang reputasi akademik antarabangsa setiap institusi, di samping data seperti dapatan dan demografi fakulti, termasuk pengambilan bakat antarabangsa dan kerjasama penyelidikan.
Jadi, patutkah keputusan terbaharu itu menjadi punca kebimbangan AS dan sekutu Baratnya dalam dunia yang semakin terpolarisasi?
Tidak, kata Simon Marginson, profesor pendidikan tinggi di Universiti Oxford. Ini kerana terdapat lebih banyak universiti yang cemerlang dan persaingan adalah baik untuk semua pihak.
"Tiada bukti bahawa penyelidikan di AS semakin lemah dalam erti kata yang mutlak," kata Marginson kepada THE.
Bagaiamanapun, dunia secara keseluruhannya tidak mendapat manfaat sepenuhnya daripada peningkatan kecemerlangan penyelidikan global, kerana sistem semakin terkebelakang dalam arus nasionalisme dan perkongsian pengetahuan menyusut.
Ini susulan ketakutan dan kebimbangan berhubung peningkatan ketegangan geopolitik dan ketidakpercayaan.
Sebagai contoh, walaupun universiti di China menunjukkan kecemerlangan, markah mereka untuk kerjasama penyelidikan antarabangsa dan pembangunan bakat antarabangsa merosot.
"Adalah dikesali jika pertumbuhan warga asing yang bekerja dalam sektor pendidikan tinggi di China terhenti, kerana penglibatan itu baik untuk semua," kata Marginson kepada THE.
"Bagaimanapun, ia tidak mengejutkan, kerana kita kini berada dalam era konflik dalam geopolitik pendidikan tinggi," katanya lagi.
Astro Awani
Sun Oct 16 2022
THE adalah berdasarkan 13 metrik prestasi, meliputi misi teras universiti penyelidikan berfokus antarabangsa dengan mengambil kira aspek pengajaran, penyelidikan, pertukaran pengetahuan dan pandangan antarabangsa. - Gambar hiasan
Bursa Malaysia ditutup rendah
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah.
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
Persiapkan graduan dengan format realiti dunia - Pengerusi Eksekutif QI Group
Vijay berkata, format silibus pendidikan di universiti tidak boleh bergantung kepada format dan pendekatan yang ketinggalan zaman.
Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.
China umum pelan bina 'negara pendidikan kukuh' menjelang 2035
China berhasrat untuk mewujudkan sistem pendidikan berkualiti tinggi dengan tahap aksesibiliti dan kualiti "antara yang terbaik di dunia."
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
Pembaharuan adalah penting untuk bina ekonomi lebih berdaya tahan - Ahli ekonomi
Pembaharuan adalah langkah penting untuk mengubah Malaysia menjadi ekonomi yang lebih berdaya tahan dan bertenaga yang mampu menyesuaikan diri dengan cabaran domestik dan global.
ASEAN harus perkukuhkan amalan kemampanan untuk penuhi visi Komuniti ASEAN 2045 - Setiausaha Agung
ASEAN harus memperkukuhkan kepimpinan globalnya dalam amalan kemampanan untuk memenuhi agenda Wawasan Komuniti ASEAN 2045 yang dijangka akan dimuktamadkan semasa pengerusi ASEAN Malaysia tahun ini.
PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
Kerajaan perlu labur lebih banyak untuk langkah pencegahan, SDH - Dzulkefly
Dr Dzulkefly menekankan keperluan kerajaan untuk meningkatkan pelaburan bagi langkah pencegahan dan memberi tumpuan terhadap SDH bagi mewujudkan populasi yang lebih sihat di Malaysia.
GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).