Pertempuran sengit dilapor tercetus di Syria ketika tentera kerajaan cuba menghalang kemaraan penentang ke Pusat Bandar Damsyik.
Ia disifatkan serangan paling sengit dalam tempoh beberapa minggu.
Rakaman video yang disiarkan oleh kumpulan anti kerajaan memamaparkan visual kesan letupan di kawasan Jobar yang dikuasai mereka di timur ibu negara itu.
Berbeza dengan bandar Homs dan Aleppo, yang jatuh ke tangan penentang, pertempuran sengit jarang berlaku di Damsyik.
Dalam perkembangan berasingan, sekurang-kurangnya 19 maut dalam dua serangan bom kereta di bandar purba Palmyra di tengah Syria.
Sebahagian besar mangsa terdiri daripada pegawai keselamatan.
Agensi berita negara itu mengesahkan dua serangan berkenaan dan ia dikatakan dilakukan penyerang berani mati yang bertindak meletupkan diri berhampiran garaj kereta di cawangan agensi perisikan tentera.
Damsyik menyifatkannya sebagai angkara penganas.
Setakat ini tiada mana-mana kumpulan mengaku mendalangi serangan.
Astro Awani
Thu Feb 07 2013
Pilkada 2024: Pertembungan dua 'titan', Jokowi lawan Megawati
207 juta rakyat Indonesia membuat pilihan di 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota dalam Pilkada serentak. Pertembungan kuasa politik besar Indonesia turut berlaku. Ulasan bersama Tan Sri Johan Jaafar.
Hezbollah akan kekal aktif selepas gencatan senjata
Hezbollah akan kekal aktif selepas perang dengan Israel berakhir, termasuk membantu penduduk Lubnan yang terjejas kembali ke kampung halaman mereka dan membangunkan semula kawasan yang musnah akibat serangan Israel.
A.S akan gesa juga gencatan senjata Hamas-Israel
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, menyifatkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah sebagai "berita baik".
Pengunduran Tentera Israel secara berperingkat dalam tempoh 60 Hari – Pegawai AS
Seorang pegawai kanan Amerika Syarikat mengesahkan pengunduran tentera Israel dari Lubnan tidak akan dilakukan serta-merta.
Parlimen: Usaha hasilkan kenderaan elektrik, isu GISBH tumpuan hari ini
Langkah kerajaan menggalakkan pemain industri tempatan untuk mempertingkatkan usaha mengeluarkan kenderaan elektrik bagi memenuhi permintaan tempatan antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
[TERKINI] Israel - Hezbollah setuju gencatan senjata dikuatkuasa pada Rabu
Gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah dijadualkan bermula jam 4 pagi waktu tempatan, pada Rabu.
Piala AFF Wanita: Malayan Tigress buka kempen dengan langkah kiri
Skuad kendalian Soleen Al-Zoubi itu akan meneruskan cabaran menentang Kemboja pada Jumaat ini di Padang Simpanan KM16, Vientiane.
[TERKINI] Banjir di Kelantan makin buruk, tiga negeri lain tiada perubahan
Mangsa banjir di empat negeri meningkat kepada 1,332 daripada 387 keluarga, setakat jam 6 pagi, pada Rabu.
Hezbollah akan kekal aktif berjuang selepas gencatan senjata
Seorang pegawai kanan Hezbollah mengesahkan peranan kumpulan itu akan kekal meneruskan perjuangannya.
Gencatan senjata di Lubnan: Tentera Israel berundur secara berperingkat dalam 60 hari
Amerika juga akan bekerjasama dengan tentera Lubnan untuk memastikan sebarang kemungkinan pelanggaran perjanjian dapat dicegah.
Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
'Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak' - Mangsa gempa Syria
Ungkapan kanak-kanak itu dapat perhatian warganet bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan.
Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi
Satu dekad berlalu dan konflik kemanusian masih berlanjutan di Syria.
Rawat COVID-19 lebih trauma berbanding mangsa letupan bom Syria - Doktor zon perang
Dr David Nott dari England menyifatkan situasi berdepan krisis pandemik ini lebih getir jika dibandingkan dengan insiden pengeboman seperti di bandar Aleppo, Syria.
34 askar Turki maut, serangan udara di Idlib, Syria
Serangan udara Rusia dan Syria yang menyasarkan kawasan di antara bandar Bara dan Bilion di pedalaman Idlib, mengorbankan 34 askar Turki, dipercayai lebih ramai lagi maut.
Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'
Maya Merhi yang berusia lapan tahun, dilahirkan tanpa sepasang kaki terpaksa menggunakan tin untuk membantunya bergerak.
Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB
Setiausaha Agong Majlis Pelarian Norway Jan Egeland berkata peningkatan ketegangan di Syria terutama wilayah Damsyik adalah yang terburuk sejak konflik di negara itu bermula pada 2014.
Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama - PBB
Ketegangan yang memuncak di beberapa wilayah di Syria kini memaksa lebih 270,000 warga Syria menjadi pelarian di dua wilayah.
Amaran gempur oleh Erdogan boleh jejas inisiatif rundingan damai - SNC
Menurut Nasr Al Hariri, sebagai penaja rundingan damai Syria, Erdogan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap kumpulan terbabit yang terlibat secara langsung dalam siri rundingan.
Puluhan maut dalam serangan bom terhadap konvoi bas di Aleppo Syria
Puluhan dilaporkan maut selepas satu letupan bom kereta meledak di tengah-tengah konvoi bas yang sedang memasuki bandar Aleppo di Syria hari ini.