WELLINGTON: Sebuah pertandingan di New Zealand bagi kanak-kanak, yang memerlukan mereka membunuh seberapa banyak kucing liar, telah dibatalkan susulan menerima bantan dan kritikan awam.
Media tempatan melaporkan, tindakan membatalkan pertandingan itu diterima baik terutamanya daripada kumpulan pejuang kebajikan haiwan.
Pihak penganjur acara pemburuan tahunan itu mencetuskan kemarahan ramai apabila mereka mengumumkan kategori baharu iaitu bagi kanak-kanak di bawah usia 14 tahun untuk memburu dan membunuh kucing liar bagi merebut hadiah sejumlah NZ$250 (RM690).
Kategori berkenaan, yang ironinya disertakan dengan pesanan "anak muda dilarang membunuh haiwan peliharaan", akhirnya dihentikan serta-merta.
Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) New Zealand berkata, pihaknya menyokong dan lega apabila kategori kanak-kanak yang melibatkan aksi menembak kucing jalanan, telah ditiadakan.
“Kanak-kanak, malah orang dewasa, tidak akan dapat membezakan antara kucing liar, kucing jalanan atau kucing domestik yang sedang dalam ketakutan,” ujar jurucakap SPCA.
Pertandingan itu, yang berlangsung serentak dengan kategori lain iaitu pemburuan babi hutan, rusa dan arnab liar, merupakan acara mengumpul dana oleh Sekolah Rotherham di South Island.
Pihak penganjur mengakui mereka telah menerima ‘e-mel berbentuk kecaman yang disampaikan dalam bahasa yang kasar dan mengancam’, dan ditujukan kepada penganjur dan sesiapa yang terlibat.
“Keselamatan pihak penaja dan sekolah kami adalah keutamaan kami, maka keputusan telah dibuat untuk menarik balik kategori berkenaan tahun ini untuk mengelakkan bantahan serlanjutan,” tulis penganjur dalam akaun Facebook mereka.
Kucing liar dianggap sebagai haiwan yang membawa masalah di New Zealand, kerana kehadirannya meninggalkan impak dan ancaman buat burung, kelawar, cicak, tikus dan serangga tempatan, menurut Jabatan Konservasi.
Agensi
Wed Apr 19 2023
Pihak penganjur telah menerima kecaman hebat dari orang awam, terutamanya dari kumpulan pejuang kebajikan haiwan. - Gambar hiasan
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
[TERKINI] A.S mahu ambil alih Gaza, apa kesannya?
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Kemalangan parkiran bertingkat hospital tiada unsur sabotaj
Insiden membabitkan kereta Honda WRV yang melanggar tembok penghalang di aras 3B parkiran pada 1.15 tengah hari itu berlaku akibat kecuaian.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, mata wang tempatan naik kepada 4.4285/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4495 semalam.
AWANI Pagi: Projek Singgah Kopi
Diskusi #AWANIpagi mengenai kerjasama MyFundAction dan INTEC Education College untuk membina usahawan belia melalui projek Singgah Kopi.
Polis minta bantuan kesan Poovenessvari
Menurut polis, remaja tersebut beralamat di No 26, Laluan Pari Baru 2, Taman Semarak, Ipoh.
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah - MetMalaysia
Kawasan yang dijangka terlibat ialah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu dan Mukah.
[TERKINI] Konflik Gaza: A.S akan ambil alih gaza - Donald Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mencadangkan penempatan semula secara kekal rakyat Palestin dari Gaza yang musnah akibat perang ke negara-negara jiran.
Polis kesan lelaki aniaya kucing, buka kertas siasatan
Polis mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan penganiayaan seekor kucing liar seperti yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.
Pertandingan membunuh kucing liar di New Zealand dibatalkan
Pihak penganjur telah menerima kecaman hebat dari orang awam, terutamanya dari kumpulan pejuang kebajikan haiwan.
Penyelidik di Sarawak temui spesies kucing liar paling jarang ditemui di dunia
Kumpulan penyelidik menemui kucing liar yang paling jarang dan sukar ditemui di dunia daripada spesies Bay Cat (Pardofelis badia) di hutan Lundu.