BEIJING: Persidangan Pengangkutan Mampan Global ke-2 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berakhir semalam telah meluluskan 'Deklarasi Beijing' mengenai peri pentingnya pengangkutan mampan.
Deklarasi itu turut mengandungi mengenai transformasi pengangkutan sebagai pendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan, teknologi baharu sebagai kunci menyahut cabaran, menggalakkan kerjasama antarabangsa, pembinaan keupayaan dan pertukaran pengetahuan.
Ia juga mengandungi pembangunan dan inovasi teknologi, mempergiat pembinaan sistem pengangkutan mampan dan infrastruktur di desa, kawasan terpencil dan negara tertentu di samping mengintensifkan keselamatan lalu lintas global, keupayaan mengatasi krisis dan pencegahan serta kawalan pandemik.
Pelbagai pihak juga disaran memasukkan matlamat pengangkutan mampan dalam rancangan pembangunan negara masing-masing supaya agenda pembangunan berterusan 2030 PBB dapat dilaksanakan dengan lebih baik.
Selain itu, deklarasi tersebut juga menghargai sumbangan China yang menganjurkan persidangan kali ini, mengalu-alukan usaha China menubuhkan sebuah pusat inovasi dan ilmu dalam bidang pengangkutan mampan antarabangsa.
Persidangan tiga hari itu diadakan secara hibrid, melibatkan pelbagai aktiviti termasuk mesyuarat, forum peringkat menteri, forum inovasi sains dan teknologi dan forum usahawan, disertai lebih 130 menteri, wakil usahawan dan pegawai pertubuhan antarabangsa.
Antara agenda perbincangan mengenai kehidupan rakyat, pembangunan hijau, pembangunan keselamatan, kesalinghubungan, memerangi pandemik dan pemulihan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 17 2021

Persidangan Pengangkutan Mampan Global ke-2 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berakhir semalam telah meluluskan 'Deklarasi Beijing' mengenai peri pentingnya pengangkutan mampan. - BERNAMA

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Pemimpin dunia, pakar puji Deklarasi Beijing oleh kumpulan Palestin
Pemimpin dunia memuji Deklarasi Beijing yang ditandatangani oleh 14 kumpulan Palestin, memuji peranan China dalam memudahkan perjanjian itu.

China nyata sokongan puak-puak Palestin capai perdamaian, perpaduan
China sentiasa menyokong Palestin mencapai kemerdekaan dan menyokong penubuhan negara Palestin yang merdeka lebih awal.

Deklarasi Beijing: Malaysia alukan persefahaman Fatah dan Hamas - PM
Deklarasi Beijing merupakan langkah yang amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan buat rakyat Palestin.

Persidangan Pengangkutan Mampan Global PBB luluskan Deklarasi Beijing
Persidangan Pengangkutan Mampan Global ke-2 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berakhir semalam telah meluluskan 'Deklarasi Beijing' mengenai peri pentingnya pengangkutan mampan.