LOS ANGELES: Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berjaya mendaratkan kenderaan robotik di Marikh dalam usaha mengesan kehidupan di planet tersebut.
Kenderaan yang dinamakan Perseverance itu merupakan robotik ketiga yang mendarat di planet merah itu.
Robot enam roda bernilai AS$2.7 billion itu dilengkapi pelbagai peralatan sainstifik termasuk dron mini seberat 1.8 kilogram, dua kamera, komputer dan sensor navigasi serta sel solar.
Kenderaan robot itu melakukan pelayaran di angkasa lepas buat hampir tujuh bulan, meliputi jarak 472 juta kilometre (km) sebelum menembusi atmosfera Marikh pada 19,000km sejam bagi memulakan pendaratan di permukaan planet berkenaan.
BACA: Marikh akan capai jarak paling hampir dengan bumi
NASA merancang untuk melakukan sehingga lima penerbangan secara berperingkat pada beberapa bulan pertama misi tersebut.
Misinya bagi mencari dan membawa pulang sampel geologi yang mungkin dapat memberi petunjuk asal usul kehidupan dalam masa 10 tahun.
Ia merupakan misi paling berisiko yang pernah dilakukan NASA.
Menurut NASA, jika misi berjaya, ia akan membuka dimensi baharu penerokaan Marikh.
Dua misi NASA ke Marikh seterusnya dirancang untuk mengambil sampel dan mengembalikannya ke NASA pada dekad berikutnya.
Pada 2012, misi sebelum Perseverance yang dikenali sebagai Rover Curiosity membuat pendaratan dan terus beroperasi.
Selain itu, Lander InSight yang mendarat di planet tersebut pada 2018 masih mengkaji bahagian dalaman Marikh.
Pada minggu lalu, kapal angkasa yang dilancarkan Emiriah Arab Bersatu dan China masing-masing tiba di orbit Marikh.
BACA: Misi kapal angkasa pertama UAE, 'Hope' hampiri Marikh selepas enam bulan
BACA: China lancar roket paling berkuasa menjelang misi ke Marikh
Untuk rekod, NASA mempunyai tiga satelit di orbit Marikh, bersama dua lagi daripada Agensi Angkasa Eropah.
Agensi
Thu Feb 18 2021

Foto ilustrasi NASA menunjukkan Perseverance sebelum mendarat di Marikh. - Foto AP
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Rover NASA temukan batu tunjuk kemungkinan kehidupan mikrob di Marikh
Semasa penerokaannya di Neretva Vallis, sebuah lembah sungai purba di Marikh, rover Perseverance menemui batu yang dikenali sebagai Cheyava Falls.

Perseverance NASA berjaya membuat pendaratan bersejarah di Marikh
Kenderaan yang dinamakan Perseverance itu merupakan robotik ketiga yang mendarat di planet merah itu.