PATTANI: Ketika bot ekor panjang berlayar perlahan-lahan melalui terowong bakau yang tenang, bunyi cengkerik dan burung menyapa pengunjung.
Kanopi daun bakau, akar tunjang yang padat dan perairan yang tenang, membentuk landskap yang indah dan menakjubkan di sepanjang Teluk Pattani di selatan Thailand.
Ramai yang terpesona dengan keindahan hutan bakau di daerah Yaring di Pattani di selatan Thailand. Mereka menaiki bot untuk menerokai kawasan itu - menyaksikan matahari terbit dan terbenam, burung-burung dan kelip-kelip yang bercahaya.
Selain hutan bakau, Pattani - salah satu daripada lima wilayah paling selatan di Thailand - menawarkan pengalaman unik dan tidak dapat dilupakan untuk pengembara - terdiri daripada alam semula jadi yang indah, pelbagai budaya dan masakan tempatan yang lazat.
Masjid bersejarah seperti Masjid Pusat Pattani dan Masjid Kerisik atau Masjid Krue Se, kuil Cina seperti Kuil Chao Mae Lim Ko Niao, dan kuil Buddha seperti Wat Sai Khao, serta pantai yang indah, air terjun dan taman negara, adalah antara tarikan di Pattani.
Pattani yang dikenali sebagai bandar indah tiga budaya dengan lebih 40,000 penduduk yang terdiri daripada campuran Melayu, Thai dan Cina, hidup harmoni.
"Ramai mengetahui banyak yang ditawarkan oleh Thailand. Pattani adalah antara permata tersembunyi yang menanti pengunjung," kata Fareeda Abdulloh, 33, pengendali pelancongan berasaskan komuniti di Kampung Bang Pu di Yaring.
Beliau berkata industri pelancongan berkembang pesat di Pattani, dan ramai pengunjung termasuk pelancong dari Malaysia datang sejak sekatan COVID-19 ditarik balik dan sempadan dibuka semula.
"Kami berharap dapat meletakkan Pattani dalam peta pelancongan dunia," katanya kepada Bernama.
Keganasan dan pergolakan di selatan Thailand sejak 2004 bagaimanapun menghalang kedatangan pelancong.
Statistik oleh kumpulan pemantau bebas Deep South Watch menunjukkan kitaran keganasan yang tidak henti-henti di selatan Thailand, bermula pada 2004 di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla, yang telah meragut lebih 7,000 nyawa setakat ini.
Rundingan antara kerajaan dan pemberontak yang bermula pada 2013 untuk membawa keamanan terhenti berikutan rampasan kuasa tentera setahun kemudian. Rundingan diteruskan kemudian tanpa pihak utama termasuk Barisan Revolusi Nasional (BRN).
Bagaimanapun, rundingan antara kerajaan Thailand dan BRN, kumpulan bersenjata paling berpengaruh di selatan Thailand, bermula pada 2019. Ia telah mencapai kemajuan konkrit dan penting yang membawa harapan untuk menamatkan keganasan di wilayah sempadan selatan Thailand selepas siri mesyuarat.
Ketua delegasi BRN dalam rundingan itu, Anas Abdulrahman berharap proses itu dapat diteruskan dan membawa keamanan sebenar untuk semua.
Bekas ketua polis negara Malaysia Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, yang mewakili kerajaan Malaysia, bertindak sebagai fasilitator untuk rundingan damai di selatan Thailand.
Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC), sebuah agensi kerajaan tempatan yang menyelaraskan pentadbiran wilayah sempadan selatan, sedang meningkatkan usaha untuk merancakkan aktiviti pelancongan dan sosio-ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.
Setiausaha Agung SBPAC Laksamana Muda Somkiat Pholprayoon berkata agensinya telah mempergiat usahanya untuk mempromosi kawasan selatan sebagai destinasi pelancongan baharu bagi peminat budaya, semulajadi dan warisan.
"Kami tahu ramai rakyat Malaysia suka melancong ke selatan Thailand. Namun, mereka hanya melawat Hatyai dan Sadao. Oleh itu, kami ingin menjemput mereka untuk melawat dan merasai keindahan wilayah lain di selatan.
"Keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami akan menjaga anda (pelancong) sebaik mungkin apabila anda berada di Thailand," katanya.
Sementara itu, timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek berkata ramai yang beranggapan bahawa tiga wilayah selatan - Pattani, Yala dan Narathiwat - serta sebahagian kecil wilayah Songkhla yang berdekatan adalah wilayah majoriti Muslim.
"Ia sebenarnya adalah wilayah berbilang budaya. Masyarakat di sini terdiri daripada penganut agama Buddha dan Islam yang hidup aman damai.
"Saya ingin menjemput semua orang untuk merasai kepelbagaian budaya kita di selatan," katanya.
-- BERNAMA / Linda Khoo Hui Li
Bernama
Sat Oct 22 2022
Pengunjung menghargai suasana alam semulajadi dengan menyusuri sungai di paya bakau menaiki bot panjang di Pattani. - Bernama
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Presiden baharu Lubnan komited mahu berdialog dengan Syria
Dalam ucapan perasmiannya di parlimen, Aoun mengajak semua pihak untuk membincangkan dasar pertahanan menyeluruh yang membolehkan negara mengakhiri pendudukan Israel dan menangkis serangan.
AWANI Ringkas: Serahan dokumen selesai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Seorang maut, pesawat ringan meletup di Brazil
Sebuah pesawat ringan yang membawa lima penumpang meletup di Ubatuba, di perairan pantai Sao Paulo, Brazil, pada khamis
Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.
Transit Malaysia sokong cadangan Bukit Bintang jadi kawasan pejalan kaki
Pada masa ini laluan berkenaan berdepan kesesakan setiap hari disebabkan kenderaan persendirian yang diparkir di tepi jalan.
Anwar Ibrahim tarikan sebenar pelancong ke Malaysia - Presiden MiTDA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tarikan sebenar untuk pelancong hadir memeriahkan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).
Video TMM2026: Fokus untuk promosikan Malaysia, bukan sebaliknya
Tujuan utama adalah untuk mempromosikan pelancongan, keindahan seni, budaya dan produk pelancongan Malaysia secara keseluruhan.
Thailand lepasi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, jana 1.67 trilion baht
China menjadi pasaran sumber pelancong terbesar Thailand pada 2024, menyumbang 6.7 juta pelawat, diikuti Malaysia (4.9 juta).
Muzium Seni Laos dibuka secara rasmi untuk lonjak pelancongan, lestarikan budaya
Satu majlis pembukaan gilang-gemilang diadakan di ibu negara Laos, Vientiane, pada Ahad, yang turut dihadiri Perdana Menteri Laos.
PM mahu semua kementerian tumpu tingkat keupayaan bidang pelancongan, pelaburan, ekonomi
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap negeri dan daerah di Malaysia mempunyai kekuatan masing-masing untuk menarik kehadiran pelancong.
PM Anwar lancar Kempen Visit Malaysia 2026
Logo VM2026 melambangkan budaya Malaysia yang kaya, keindahan semula jadi, dan daya tarikan global.
Balsam gamat, herba cenderamata istimewa pada Mesyuarat ASEAN
Produk berasaskan gamat dan herba adalah antara cenderamata istimewa disediakan buat delegasi Mesyuarat ASEAN 2025 yang akan bertandang ke Langkawi, Kedah pada pertengahan bulan ini.
Mesyuarat ASEAN platform promosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan - LADA
LADA akan lakukan sebaik mungkin bagi memastikan Langkawi terus jadi destinasi pilihan pelancong terutamanya para delegasi ASEAN yang akan hadir.
TMK 2025: 50 peratus sasaran libatkan tanah besar Kedah - Exco
Beliau penuh yakin jumlah berkenaan mampu dicapai berdasarkan persiapan yang dilakukan selain data-data yang dikumpul.