NEW DELHI: Perkhidmatan kereta api dua hala telah disambung semula di lokasi nahas di timur India, Odisha, yang mengorbankan 275 nyawa, menurut Kementerian Kereta Api persekutuan pada Isnin.
Kereta api penumpang dilaporkan bertembung dengan kereta api barang di daerah Balasore, Odisha pada Jumaat petang, manakala sekitar 1,175 penumpang cedera.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan selepas memotong kompartmen kereta api menggunakan pemotong dan jentera berat, lapor Xinhua.
"Kerja-kerja pemulihan telah selesai dengan pemantauan berterusan oleh Menteri Kereta Api. Kereta api telah beroperasi semula di kedua-dua rel," menurut Kereta Api India dalam satu kenyataan.
Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw telah berkhemah di lokasi kemalangan sejak Sabtu, menyelia operasi penyelamatan dan pemulihan.
Sementara itu, kerajaan persekutuan mengarahkan agensi penyiasatan utama negara, Central Bureau of Investigation (CBI) melakukan siasatan terhadap kemalangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023
Menteri Kereta Api Ashwini Vaishnaw telah berkhemah di lokasi kemalangan sejak Sabtu, menyelia operasi penyelamatan dan pemulihan. - Gambar fail/Reuters
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Perkhidmatan kereta api beroperasi semula di timur India
Perkhidmatan kereta api dua hala telah disambung semula di lokasi nahas di timur India, Odisha, yang mengorbankan 275 nyawa, menurut Kementerian Kereta Api persekutuan pada Isnin.