Kerajaan sementara Thailand perlu meletak jawatan untuk menamatkan perhimpunan bantahan supaya pilihan raya semula boleh diadakan, kata bekas Timbalan Perdana Menteri, Pridiyathorn Devakula.
Beliau berkata Thailand mungkin perlu berdepan banyak pilihan raya semula sebelum negara ini memperoleh jumlah penuh 500 anggota parlimen.
Dalam surat terbukanya kepada Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra, beliau berkata memandangkan pilihan raya umum tidak lengkap, jumlah anggota parlimen tidak cukup untuk memenuhi keperluan 95 peratus bagi membolehkan Parlimen bersidang.
Akibatnya, sebuah kerajaan baharu tidak dapat ditubuhkan.
Pridiyathorn berkata berikutan bantahan antikerajaan masih berterusan, berkemungkinan pilihan raya semula akan berlarutan bagi satu tempoh yang panjang.
"Memandangkan sejumlah besar penunjuk perasaan tidak mahu parti beliau (Pheu Thai) dipilih semula memerintah negara, pilihan raya itu berdepan risiko dibatalkan disebabkan 28 kawasan pilihan raya tidak mempunyai calon," katanya.
Parlimen 500 anggota Thailand mengandungi 375 orang yang dipilih mengikut kawasan pilihan raya manakala 125 lagi berdasarkan sistem senarai parti.
Pridiyathorn, yang juga bekas gabenor Bank of Thailand, berkata jika kerajaan sementara meletak jawatan, penunjuk perasaan akan menamatkan perhimpunan mereka.
Pelembagaan semasa membenarkan pelantikan orang luar untuk memerintah negara secara sementara, katanya, dan menambah seorang pemimpin yang baik perlu mendahulukan negara apabila tiba masanya.
Bernama
Fri Feb 07 2014

10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Move Forward buktikan masyarakat Melayu Thailand semakin terima ideologi progresif
Nasib Pita Limjaroenrat, belum tentu pasti sebagai perdana menteri, terutamanya jika dia gagal untuk dapat sekurang-kurangnya 376 sokongan.

PRU Thailand: Lebih 4,000 rakyat Thailand di Malaysia bakal mengundi dalam pengundian awal
Tempoh pengundian ditetapkan selama tujuh hari bermula 28 April hingga esok, bagi membolehkan rakyat Thailand menunaikan tanggungjawab mereka

Calon PM Thailand selamat lahirkan anak, sekarang mahu kembali ke pentas kempen
Paetongtarn Shinawatra yang baru melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu, yakin bahawa perjuangannya bakal mendapat kemenangan besar.

Pilihan Raya Umum Thailand: 3,990 calon mendaftar pada hari pertama pencalonan
Proses pendaftaran akan dibuka sehingga Jumaat dengan calon wakil parti masing-masing mendaftar bermula Selasa.

Bekas perdana menteri dipilih Speaker Parlimen Thailand
Chuan Leekpai dari Demokrat dipilih sebagai Speaker Parlimen Thailand yang baharu.

Pilihan raya Thai: Penantian belum berakhir, pembentukan kerajaan masih jadi teka-teki
Penantian masih belum berakhir bagi warga Thai untuk mengetahui siapakah yang akan membentuk kerajaan berikutnya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand tolak pencalonan Ubolratana
Pilihan raya pada 24 Mac bakal menjadi pilihan raya pertama dijalankan sejak rampasan kuasa oleh tentera pada 2014.