PARIS: Pereka fesyen terkemuka Paco Rabanne meninggal dunia pada usia 88 tahun.
Berita kematian legenda fesyen kelahiran Sepanyol ini disahkan jurucakap kumpulan Puig yang mengawal selia jenama Paco Rabanne.
"Seorang personaliti penting dalam fesyen, beliau menampilkan visi berani, revolusioner dan provokatif, disampaikan melalui estetika yang unik," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Puig, Marc Puig.
Ikon fesyen yang terkenal dengan ciri rona metalik dan reka bentuk zaman angkasa tahun 1960-an ini meninggal dunia di Portsall, Brittany.
Paco Rabanne, atau nama sebenarnya Francisco Rabaneda y Cuervo, dilahirkan di sebuah kampung di wilayah Basque pada tahun 1934.
Rabanne dibesarkan di Perancis dan mengambil jurusan seni bina di Ecole des Beaux Arts di Paris.
Dia memulakan kerjayanya dengan melakar beg tangan dan kasut mewah, sebelum menceburi bidang fesyen.
Rabanne mereka bentuk pakaian dan barang kemas dengan bahan bukan konvensional seperti logam dan plastik.
Koleksi pertamanya, yang disifatkannya sebagai "pakaian tidak boleh dipakai yang diperbuat daripada bahan kontemporari", diperbuat daripada jalur plastik yang dipaut dengan gelung logam, dan dipakai oleh model berkaki ayam pada persembahan di hotel mewah Paris.
Rabanne bekerjasama dengan keluarga Puig pada akhir 1960-an, melancarkan koleksi minyak wangi yang menjadi batu loncatan untuk pengembangan syarikat di peringkat antarabangsa.
Astro Awani
Fri Feb 03 2023
Ikon fesyen yang terkenal dengan ciri rona metalik dan reka bentuk zaman angkasa tahun 1960-an ini meninggal dunia di Portsall, Brittany. -Reuters
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.