NARA : Kajian klinikal sel darah merah tiruan yang boleh disimpan untuk transfusi semasa kecemasan akan bermula di Jepun pada Mac tahun depan, menurut Universiti Perubatan Nara, lapor Agensi Berita Kyodo.
Universiti itu menyasarkan untuk menggunakan sel tiruan bagi kegunaan praktikal menjelang 2030, menurutnya pada awal Julai, kemungkinan menjadi yang pertama di dunia.
Pembangunan sel darah itu yang direka untuk digunakan di kawasan terpencil dan semasa bencana, berlaku ketika kekurangan darah dijangka terjadi di kemudahan perubatan berikutan bilangan penderma yang semakin berkurangan di tengah-tengah populasi negara yang semakin berkurangan.
Walaupun sel darah merah yang diperoleh daripada derma darah hanya boleh disimpan kurang daripada sebulan pada suhu rendah, sel tiruan itu boleh disimpan selama dua tahun pada suhu bilik, kata penyelidik.
Oleh kerana sel darah tiruan itu dibuat tanpa jenis darah tertentu, ia boleh digunakan tanpa mengesahkan jenis darah pesakit dan ia boleh diberikan semasa di dalam ambulans, kata mereka.
Dengan transfusi 800 mililiter yang biasa dalam persekitaran klinikal, dalam kajian itu 100 hingga 400 ml larutan sel darah tiruan akan diberikan kepada setiap 16 orang dewasa sihat yang akan direkrut mulai Mac.
Sekiranya tiada kesan sampingan dikenal pasti dengan 400 ml, ujian akan beralih untuk mengkaji keberkesanan dan keselamatan rawatan, kata universiti itu.
Sel darah tiruan telah dibangunkan bebas daripada virus dan sumber jangkitan lain menggunakan darah penderma yang telah dibuang selepas ia tamat tempoh.
Hiromi Sakai, profesor Universiti Perubatan Nara, berkata keperluan untuk sel darah tiruan adalah "signifikan" kerana pada masa ini tiada pengganti yang selamat untuk sel darah merah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024
Universiti Perubatan Nara menyasarkan untuk menggunakan sel tiruan bagi kegunaan praktikal menjelang 2030. - Gambar hiasan/©angellodeco/shutterstock.com
The Flow Country perangkap bagi jutaan karbon
The Flow Country yang terletak di kawasan tanah tinggi utara Scotland, diisytiharkan sebagai kawasan tanah gambut pertama yang menerima pengiktirafan tapak warisan dunia UNESCO. Kawasan yang terbentang seluas 4,000 kilometer persegi itu mempunyai ekosistem tersendiri dan menyimpan nilai khanazah tinggi, selain mampu menyimpan sebanyak 400 juta tan karbon dari dilepaskan ke atmosfera.
Gua Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia UNESCO
Kompleks Gua Niah di Miri, Sarawak mencipta sejarah apabila diluluskan sebagai Tapak Warisan Arkeologi Dunia Unesco terbaharu.
Tumpuan Ahad – 28 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Julai 2024.
Jurulatih tinju Samoa meninggal dunia dalam temasya Olimpik Paris 2024
Jurulatih tinju Samoa ke Sukan Olimpik Paris 2024, Lionel Elika Fatupaito meninggal dunia ketika menyertai delegasi itu, di perkampungan sukan pada Jumaat.
Justin Timberlake tidak mabuk, kes wajar digugurkan - Peguam
Peguam Justin Timberlake memberitahu penyayi pop itu tidak mabuk ketika ditahan di Sag Harbour di Rhode Island, baru-baru ini.
3 Pemimpin pelajar ditahan untuk keselamatan
Tiga pemimpin pelajar Bangladesh yang menganjurkan bantahan terhadap kuota pekerjaan perkhidmatan awam, ditahan polis bagi menjamin keselamatan mereka.
Kumpulan terkesan kenaikan diesel mungkin 'merajuk'
Isu-isu nasional dan kos sara hidup akan terus mendominasikan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Tidak mustahil BN rampas semula Nenggiri
Melihat pada sejarah, tidak mustahil untuk calon Barisan Nasional untuk merampas semula DUN Neggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar
Kerajaan giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.
Percubaan klinikal sel darah tiruan akan bermula di Jepun
Kajian klinikal sel darah merah tiruan yang boleh disimpan untuk transfusi semasa kecemasan akan bermula di Jepun pada Mac tahun depan.
Saintis China yakin 99 peratus vaksin keluarannya berkesan rawat COVID-19
Firma itu mendakwa ketika ini mereka berada dalam fasa kedua percubaan kepada 1,000 peserta dalam ujian klinikal.