SAN FRANCISCO: Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di Estet Filoli pada Rabu waktu tempatan.
Pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu antara lain membincangkan mengenai isu strategik dan komprehensif yang berkait rapat dengan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara serta berkaitan kedamaian dan pembangunan dunia.
Xi berkata dunia kini mengalami perubahan yang tidak pernah berlaku sejak seabad lalu, oleh itu kedua-dua negara perlu mengambil beberapa pendekatan, antaranya meningkatkan perpaduan dan kerjasama, berganding bahu untuk menghadapi cabaran global serta menggalakkan keselamatan dan kemakmuran dunia.
"China dan AS juga perlu mengamalkan mentaliti campur tolak (zero-sum), tidak mencetuskan konflik antara blok sehingga membawa dunia ini ke kancah pergolakan dan berpecah belah.
"Pendekatan itu bakal menentukan takdir manusia dan masa depan Bumi kita," kata Xi.
Beliau berkata memandangkan hubungan dua hala China-AS mempunyai kepentingan kepada dunia maka hubungan ini perlu dilaksanakan dan dirancang dengan mengambil mengambil kira faktor itu.
Tindakan "membelakangi" antara satu sama lain bukanlah pilihan yang wajar dan percubaan untuk mengubah pihak lain juga adalah tidak realistik.
"Konflik dan konfrontasi akan membawa akibat yang tidak boleh ditanggung oleh kedua-dua negara.
"Persaingan kuasa besar tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh China, AS mahupun dunia.
"Bumi ini cukup besar untuk menampung kedua-dua negara ini dan kejayaan sebuah negara juga peluang bagi pihak lain," kata Presiden Xi.
Dalam pertemuan itu, Xi turut menghuraikan mengenai intipati modenisasi ala China, serta prospek pembangunan dan tujuan strategik negara ini.
Beliau berkata pembangunan China berdasarkan logik dalaman dan dinamik sendiri dan sedang memperkasakan kebangkitan nusa dan bangsa melalui modenisasi ala China.
"China tidak akan mengikuti acuan penjajahan dan rampasan atau pendekatan songsang hegemoni, tidak akan mengeksport ideologi. China juga tidak mempunyai rancangan untuk melangkaui atau menggantikan AS dan AS juga tidak sepatutnya mempunyai niat untuk mengekang China," katanya beliau.
Xi berkata sikap saling menghormati, wujud bersama secara damai dan sama menang, antara pengajaran yang diperoleh daripada hubungan China-AS dalam lima dekad lalu dan konflik antara negara-negara besar.
Pada pertemuan itu China dan AS masing-masing mengetengahkan wawasan untuk memperkukuh hubungan dua hala.
China mengetengahkan lima tonggak utama bagi hubungan kedua-dua negara iaitu yang pertama, bersama-sama membina persepsi yang betul. China secara konsisten komited untuk membina hubungan yang stabil, sihat dan mampan dengan AS. Sementara itu, China mempunyai kepentingan yang perlu dipeliharan, prinsip yang perlu dibela, dan garis bawah yang perlu dipertahankan. China dan AS patut menjadi rakan yang saling hormat dan wujud bersama secara damai.
Kedua, bersama-sama mengawal perselisihan pendapat dengan berkesan. Perselisihan pendapat tidak wajar menjadi jurang di antara kedua-dua negara ini. Sebaliknya membina jambatan untuk merapatkan kedua-dua negara. China dan AS perlu memahami prinsip dan batas yang ditetapkan antara satu sama lain, mengelak menimbulkan masalah atau melampaui batas. Mengadakan lebih banyak komunikasi, dialog dan permuafakatan, mengendalikan perselisihan pendapat dan peristiwa yang tidak diingini dengan tenang.
Ketiga, bersama-sama memperkasakan kerjasama saling menang. China dan AS mempunyai kepentingan bersama yang meluas bukan sahaja dalam sektor-sektor tradisi seperti ekonomi dan perdagangan serta pertanian, bahkan dalam pelbagai bidang baharu seperti perubahan iklim dan kecerdasan buatan (AI). Pada masa ini, kepentingan bersama kedua-dua negara tidak berkurang malah kian bertambah. China dan AS perlu memanfaatkan mekanisme yang dibina atau disambung semula dalam bidang diplomatik, ekonomi, kewangan, perniagaan dan pertanian, di samping mengadakan kerjasama dalam bidang antidadah, penguatkuasaan undang-undang, AI, sains dan teknologi dan lain-lain.
Keempat, bersama-sama memikul tanggungjawab sebagai negara besar. Penyelesaian masalah yang dihadapi oleh komuniti umat manusia memerlukan kerjasama antara negara besar. China dan AS patut menjadi contoh yang baik, meningkatkan koordinasi dan kerjasama dalam isu serantau dan antarabangsa, menyediakan lebih banyak produk awam kepada masyarakat antarabangsa. Selain itu, inisiatif yang dikemukakan oleh kedua-dua negara perlu saling terbuka dan membentuk sinergi agar memberikan limpahan manfaat kepada seluruh dunia.
Kelima, mempromosi interaksi dalam kalangan rakyat dengan menambah penerbangan antara kedua-dua negara, mendorong kerjasama pelancongan, memperluas komunikasi tempatan, meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan urusan orang kurang upaya (OKU), di samping menggalakkan interaksi dan pertukaran lawatan dalam rakyat kedua-dua negara agar meletakkan asas yang kukuh kepada perkembangan hubungan China-AS yang sihat.
Pada pertemuan itu Presiden Xi turut mengulangi prinsip dan pendirian China dalam isu Taiwan.
"Isu Taiwan tetap menjadi isu yang paling penting dan sensitif dalam hubungan China-AS. China memberikan perhatian tinggi terhadap sikap positif AS sempena pertemuan pemimpin di Bali tahun lepas.
"AS dikehendaki menjadikan kenyataan tidak menyokong "kemerdekaan Taiwan" tindakan konkrit, berhenti membekalkan senjata kepada Taiwan dan menyokong penyatuan semula China secara damai.
"China pasti akan mewujudkan penyatuan semula dan ini tidak boleh dihalang," kata Xi.
Presiden Xi berkata AS mengambil tindakan ke atas China seperti kawalan eksport, semakan pelaburan,dan sekatan sepihak yang dilihat telah menjejaskan kepentingan sah negara ini.
Beliau berkata menyekat sains dan teknologi sama seperti mengekang pembangunan berkualiti China dan merampas hak pembangunan rakyat.
"Pembangunan dan pertumbuhan China mempunyai logik dalamannya dan tidak dapat dihalang oleh kekuatan luar. AS diharap mengambil berat kebimbangan China, mengambil tindakan konkrit, menarik balik sekatan sepihak dan menyediakan persekitaran yang adil, saksama dan tanpa diskriminasi kepada syarikat China," katanya.
Sementara itu, Presiden Biden berkata hubungan dua hala AS-China merupakan hubungan paling penting di dunia dam konflik kedua-dua pihak boleh dielakkan.
"China yang stabil dan membangun sesuai dengan kepentingan AS bahkan dunia manakala pertumbuhan ekonomi China bermanfaat kepada AS dan dunia.
"Mengekalkan hubungan stabil antara AS dan China, mengelakkan konflik, mengawal perselisihan pendapat, menjalankan kerjasama dalam sektor yang memenuhi kepentingan bersama akan membantu kedua-dua negara ini menangani masalah yang dihadapi masing-masing atau bersama," kata Biden.
Biden turut mengulangi komitmen yang dibuat dalam pertemuan pemimpin di Bali iaitu AS tidak mengejar 'Perang Dingin baharu', tidak mahu mengubah sistem China, tidak menentang China melalui pengukuhan pakatan, tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan' dan tidak berniat untuk berkonflik dengan China.
Beliau menegaskan, ekonomi AS dan China saling bergantung, dan pihaknya gembira melihat China mencapai pembangunan dan kemakmuran, tidak mahu menindas atau mengekang pembangunan China, dan juga tidak mahu mencantas hubungan dengan China.
Menurut beliau, AS mempertahankan dasar satu China, mengalu-alukan pelbagai usaha untuk mengadakan dialog dan bersedia mengekalkan komunikasi terbuka dengan China demi meningkatkan persefahaman dan mengurangkan salah faham.
"AS juga komited untuk meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan dengan China, merapatkan kerjasama dalam sektor perubahan iklim, antidadah dan AI," kata Biden.
Pemimpin kedua-dua negara mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh kumpulan kerja masing-masing untuk menetapkan prinsip panduan hubungan China-AS sejak pertemuan pemimpin di Bali.
Biden dan Xi turut menekankan kepentingan saling menghormati, wujud bersama secara damai, mengekalkan komunikasi, mengelakkan konflik, mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain menjalankan kerjasama dalam bidang-bidang yang memenuhi kepentingan bersama serta mengawal unsur persaingan dalam hubungan dua hala dengan sikap bertanggungjawab.
Pemimpin China dan AS itu komited mempergiat dialog dan kerjasama dalam pelbagia sektor, antaranya mewujudkan mekanisme dialog antara kerajaan dalam bidang AI, menubuhkan kumpulan kerja bagi mempergiat kerjasama antidadah, menyambung semula komunikasi peringkat tinggi tentera kedua-dua negara berdasarkan prinsip sama rata dan saling hormat, bersetuju untuk menambah penerbangan antara kedua-dua negara bermula awal tahun depan, meningkatkan pertukaran dalam kalangan pendidikan, pelajar, belia, kebudayaan, sukan, dan perniagaan.
Xi dan Biden turut menekankan pentingnya usaha bersama untuk menghadapi perubahan iklim, bertukar-tukar pandangan mengenai konflik Palesitin-Israel serta isu antarabangsa dan serantau yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Antara lain, AS dan China turut dibincangkan mengenai isu strategik dan komprehensif yang berkait rapat dengan hala tuju perkembangan hubungan kedua-dua negara. - Reuters
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.
8 maut, 17 cedera dalam serangan pisau di sekolah China
Lapan orang terbunuh dan 17 yang lain cedera dalam serangan menggunakan pisau di sebuah sekolah vokasional di Bandar Yixing, Wilayah Jiangsu di timur China pada Sabtu.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Enam pelajar SM Imtiaz Kuala Berang rangkul dua emas pertandingan inovasi di China
Enam pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang meraih dua pingat emas dalam International Innovative Technology Summit (ITTS) 2024 di Beijing, China baru-baru ini.
Spesifikasi kapal kargo angkasa lepas Haolong oleh China kini diketahui
Haolong akan dilancarkan menggunakan roket sebelum meneruskan perjalanan ke Tiangong.
Malaysia sasar kekalkan pertumbuhan ekonomi bersama China, tumpu SDG
China telah menunjukkan kelebihan ketara dalam kesemua bidang itu.
35 terbunuh, pemandu sengaja pandu kenderaan rempuh orang ramai di China
Suspek menggunakan kenderaan lasak kecilnya untuk merempuh pintu pagar sebuah pusat sukan sebelum melanggar orang ramai yang sedang bersenam.
Indonesia, China setuju perkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan
Indonesia dan China bersetuju untuk memperkukuh kerjasama maritim di Laut China Selatan.