ISTANBUL: Perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Kewangan Turki Mehmet Simsek di sini pagi ini, menyentuh isu-isu ekonomi semasa, kerjasama ekonomi, pelancongan, pelaburan dan pertahanan, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, dilihat sangat produktif bagi kedua-dua negara.
Dalam pertemuan itu, Zambry berkata Perdana Menteri dan Mehmet saling bertukar pandangan yang berkaitan dengan isu-isu ekonomi semasa, di samping berbincang mengenai perlunya wujud satu pembaharuan dalam struktur kewangan ketika ini.
"Kedua, mereka lihat bagaimana hubungan perdagangan dua hala ditingkatkan dengan lebih aktif, meliputi pelbagai bidang, termasuk dalam sektor pelancongan, yakni satu sektor yang sangat besar bagi kedua-dua negara," katanya.
Beliau yang ditemui sejurus selepas Anwar mengadakan pertemuan dengan Mehmet di hotel penginapan Perdana Menteri di sini, berkata perbincangan yang merujuk kepada sektor pelancongan itu melihat bagaimana kedua-dua negara dapat menyediakan pelaburan yang berkaitan dengan sektor berkenaan.
Anwar kini berada di Istanbul bagi lawatan kerja dua hari ke Turki dan dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Recep Tayyip Erdogan pada sebelah petang, sebelum berlepas ke Mesir untuk lawatan kerja berikutnya.
Zambry berkata dalam menyentuh bidang pertahanan, perbincangan dengan Menteri Kewangan Turki itu melihat kepada potensi bagi kedua-dua negara untuk sama-sama co-design serta co-production bidang berkenaan, dan Turki dilihat sedia memberikan kerjasama lebih mantap.
Beliau berkata perbincangan juga menjurus kepada agenda yang berkaitan isu-isu yang dicetuskan oleh ekonomi globalisasi, namun penekanan yang diberikan lebih kepada kerjasama perkumpulan atau ekonomi serantau.
"Kita lihat bagaimana kedua-dua negara dapat memainkan peranan yang sangat penting. Malaysia boleh mewakili rantau ASEAN dan Turki boleh mewakili rantau di sebelah Eropah dan Asia Tengah. Ini semestinya memberikan kelebihan kepada kedua-dua negara sahabat, yang mempunyai pertalian hubungan yang cukup besar," katanya.
Perkembangan konflik Israel-Palestin di Gaza turut dibangkitkan dalam pertemuan itu, yang menurut Zambry amat menyentuh sanubari seluruh rakyat Malaysia dan juga seluruh umat Islam.
Beliau berkata konflik itu memperlihatkan betapa pentingnya kerjasama ekonomi yang mantap dalam kalangan negara-negara Islam ditingkatkan.
"Saya melihat pertemuan ini memberikan beberapa ruang dan dimensi baharu, dalam meningkatkan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, banyak yang dibincangkan dan saya lihat hasil perbincangan sangat produktif.
"Saya percaya dengan adanya pertemuan antara Perdana Menteri dengan Erdogan nanti, ia pasti dapat menambah dimensi kepada apa yang dibincangkan tadi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023
Anwar dan Mehmet ketika mengadakan pertemuan di Istanbul. - Gambar/ X Anwar Ibrahim
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.
Silent Risk: How weak regulations impact property owners, tenants, and the real estate market
How gaps in regulation put property owners, tenants, and the real estate market at risk. Join Director, Research, Sr Sulaiman Saheh Explore as he explore critical need for robust property management regulations to safeguard public interest and elevate industry standards.
Malaysia hab pelaburan global, lonjak reformasi ekonomi
Niaga AWANI meninjau bagaimana lonjakan pelaburan pada sembilan bulan pertama tahun ini dapat diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang ketara, peluang pekerjaan berkualiti dan kemakmuran jangka panjang.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh yuan yang stabil.
[Data & Statistik] Prestasi Pelaburan Malaysia Januari-September 2024
Malaysia berjaya merekodkan jumlah pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion dalam 9 bulan tahun ini membabitkan 4,753 projek, ia dijangka menjana 159,347 peluang pekerjaan baharu.
Malaysia kecam serangan di TAI, minta rakyat Malaysia waspada
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan di ibu pejabat syarikat aeroangkasa dan pertahanan Turkiye, Turkish Aerospace Industries (TAI).
Turkiye sedia untuk pemindahan lanjutan di Lubnan - Kementerian Pertahanan
Kapal-kapal Turkiye telah membawa keluar 966 orang dari Lubnan, termasuk 878 warga Turkiye dan 24 warga Republik Turki Cyprus Utara.
EURO 2024: Turki tunjuk permainan berkualiti, menang berdepan Georgia
Turki melakar kemenangan apabila menewaskan pasukan lawan, Georgia, di Stadium BVB Dortmund, awal pagi Rabu.
Malaysia dan negara-negara D-8 luluskan deklarasi berkaitan Gaza
Malaysia dan negara-negara anggota D-8 meluluskan deklarasi berkaitan situasi di Gaza.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penghantaran 'ANKA' MALE UAS ke Malaysia ikut jadual - Timbalan Menteri Pertahanan Turki
Perolehan Malaysia terhadap tiga sistem pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) "ANKA" berjalan mengikut jadual.
Gaza Freedom Flotilla: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Keputusan bergantung kepada perbincangan yang akan berlaku pada petang ini melibatkan pimpinan tertinggi IHH dengan wakil kerajaan Turki di Ankara.
Erdogan mahu tingkat hubungan pertahanan, perdagangan Malaysia-Turki
Anwar dan Erdogan turut membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa termasuk situasi di Palestin.
Protes merebak selepas Datuk Bandar parti pro-Kurdish diganti
Protes selepas pihak berkuasa Turki menghalang Datuk Bandar parti pro-Kurdish yang baru dipilih mengambil jawatannya merebak ke lebih banyak bandar di tenggara Turki.
Turki sedia jadi orang tengah selesaikan kemelut Rusia-Ukraine
Turki bersedia menjadi pengantara dan tuan rumah bagi sidang kemuncak damai antara Rusia dan Ukraine.