KUALA LUMPUR: Bekalan elektrik di seluruh Semenanjung Gaza dijangka terputus sepenuhnya hari ini selepas satu-satu loji jana kuasa di kawasan berkenaan ditutup pada Rabu.
Keadaan bertambah runcing apabila tindakan kepungan menyeluruh oleh Israel ke atas Semenanjung Gaza, turut menjejaskan bekalan air minuman kerana kebanyakan bekalan sumber asas itu bergantung elektrik.
Perkembangan terbaharu itu dikongsi oleh Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) Palestin, Dr Ahmad Abu Ayesh yang berpusat di Gaza, kepada Astro AWANI, hari ini.
Jelas beliau, tindakan rejim Zionis melancarkan serangan bom berterusan disifatkan sebagai 'paling bersejarah dan gila', dengan lebih 1,500 kemudahan kediaman dilaporkan musnah setakat ini.
"Situasi di hospital amat sukar, dengan kapasiti hospital di dalam Semenanjung Gaza sangat terhad dan bilangan mortar dan orang yang cedera amat besar dan meningkat setiap jam.
"Hari ini semasa saya mengagihkan bantuan yang datang dari Malaysia, saya pergi ke sebuah rumah yang musnah di mana saya mendapat tahu bahawa 70 orang telah tertimbus di bawah tanah (di kawasan) rumah yang musnah.
"Semua penduduk di dalam Semenanjung Gaza secara langsung terjejas oleh pemberhentian satu-satunya loji jana kuasa di Gaza. Lebih daripada dua juta orang hidup dalam keadaan yang sangat sukar kerana kekurangan makanan dan air minuman," katanya ketika dihubungi hari ini.
Malah, ketika temu bual ini dijalankan bersama Astro AWANI, Dr Ahmad memberitahu dia terpaksa melakukan dalam keadaan cepat kerana bimbang kehabisan bateri telefon bimbit dan terputus capaian internet.
Dakwanya lagi, tentera Israel sengaja menyasarkan dan memusnahkan kejiranan Rimal, yang merupakan antara kawasan komersial dan moden di Semenanjung Gaza, sebagai isyarat kepada seluruh rakyat Palestin bahawa mereka akan dikembalikan kepada 'zaman batu'.
Dr Ahmad menambah, bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza juga sangat terhad susulan tindakan rejim Zionis menutup pintu masuk sempadan termasuk Rafah yang menghubungkan Mesir dan Palestin.
"Pegawai kerajaan di Gaza telah memberi amaran bahawa enklaf kecil membawa kepada krisis yang sebenar... dan keadaan itu membahayakan lebih nyawa dua juta orang (termasuk yang) tinggal di dalam Semenanjung Gaza.
"Keadaan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat merosot. Ia tidak dapat ditanggung lagi, dan tidak pernah berlaku sebelum ini.
"Lebih daripada 350,000 orang kehilangan tempat tinggal selepas mereka terpaksa meninggalkan rumah mereka kerana pengeboman yang mengerikan dan gila terhadap rumah mereka," katanya.
Dalam masa sama, Dr Ahmad menggesa kerajaan di seluruh dunia termasuk negara Arab dan Islam agar memberi tekanan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan supaya mengenakan tindakan bersesuaian terhadap rejim Zionis atas pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Siri peperangan antara Israel dan Hamas kini memasuki hari keenam, dengan angka korban di Semenanjung Gaza mencecah 1,200 mangsa, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 12 2023
Bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza juga sangat terhad susulan tindakan rejim Zionis menutup pintu masuk sempadan termasuk Rafah yang menghubungkan Mesir dan Palestin - Foto fail/AP
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Rangka Kerja Integriti dan Antirasuah Industri Perkhidmatan Air perlu dikaji semula
SPAN amat komited dalam merealisasikan pemerkasaan aspek integriti dalam industri perkhidmatan air melalui kerjasama erat bersama para pemegang lesen.
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Perang Palestin-Israel: Bekalan elektrik di Gaza dijangka terputus sepenuhnya hari ini
Tindakan rejim Zionis melancarkan serangan bom berterusan disifatkan sebagai 'paling bersejarah dan gila', dengan lebih 1,500 kemudahan kediaman dilaporkan musnah setakat ini.
Perang Palestin-Israel: Lebih 263,000 hilang tempat tinggal di Gaza
Perpindahan baharu itu menambah kepada kira-kira 3,000 penduduk Palestin yang dipindahkan sebelum ini.