INGAT lagi kisah wartawan Indonesia, Najwa Shihab yang menemu bual kerusi kosong dalam siaran langsung di televisyen?
Ternyata insiden itu tidak digemari penyokong kepada Jokowi yang menamakan diri mereka Relawan Jokowi Bersatu, menyatakan mereka ‘terluka’ dengan tindakan Najwa itu.
Susulan itu, mereka membuat laporan polis pada Selasa, mendakwa Najwa melakukan buli siber terhadap Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto.
Minggu lepas, tindakan Najwa menemu bual kerusi kosong, kononnya sedang menemu bual Terawan tular di media sosial kerana tindakannya itu dianggap lain daripada yang lain.
“Temu bual kerusi kosong itu melukakan hati kami sebagai penyokong presiden kerana Terawan juga mewakili Joko Widodo,” kata wakilnya, Silvia Devi Soembarto.
Tambahnya, mereka bimbang tindakan itu mewujudkan fenomena baru yang tidak sihat dalam kalangan media yang selepas ini mungkin berminat untuk melakukan parodi seperti itu.
“Parodi seperti itu tidak boleh dilakukan kepada pemimpin negara,” tegas Silvia Devi.
Banyak pihak, termasuk dari kalangan sesetengah penggiat media turut berpendapat, bahawa perkara yang dilakukan Najwa itu memang ada baik dan buruknya.
BACA: Kecewa dengan Menteri Kesihatan Indonesia, Najwa Shihab 'interview kerusi kosong'
Meskipun niatnya untuk mencari jawapan terhadap isu menangani pandemik yang sedang dibimbangi rakyat, kaedah 'temu bual kerusi kosong' itu juga menjadi medan melemparkan pelbagai persoalan yang belum dijawab oleh subjeknya, iaitu Terawan.
Kekosongan jawapan itulah yang menjadi peluang untuk diisi dengan pelbagai tanggapan negatif terhadap menteri berkenaan.
Itu sekaligus menimbulkan lebih banyak spekulasi dan pembunuhan karakter yang pastinya tidak langsung berpihak atau dapat ditepis oleh Terawan.
Tindakan Najwa sebelum ini dikatakan kerana beliau dan pihak produksi Mata Najwa kecewa dengan Terawan yang berkali-kali menolak undangan untuk muncul dalam rancangan tersebut.
Mata Najwa edisi 'Menanti Terawan' itu telah mendapat lebih 3 juta tontonan.
Ketika menemu bual kerusi kosong itu, Najwa secara sinis mengatakan menteri kesihatan Indonesia itu merupakan yang paling low profile dalam menangani pandemik COVID-19.
Najwa juga secara sinis mendesak Terawan agar melepaskan jawatannya kerana dianggap gagal menjalankan tugas.
Agensi
Wed Oct 07 2020
![Penyokong Jokowi kecam Najwa Shihab, dakwa lakukan buli siber ke atas menteri Penyokong Jokowi kecam Najwa Shihab, dakwa lakukan buli siber ke atas menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81601996679_PolisiArahkan.jpg)
Banyak pihak, termasuk dari kalangan sesetengah penggiat media turut berpendapat, bahawa perkara yang dilakukan Najwa itu memang ada baik dan buruknya. - Foto detik.com
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Penyokong Jokowi kecam Najwa Shihab, dakwa lakukan buli siber ke atas menteri Penyokong Jokowi kecam Najwa Shihab, dakwa lakukan buli siber ke atas menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81601996679_PolisiArahkan.jpg)
Penyokong Jokowi kecam Najwa Shihab, dakwa lakukan buli siber ke atas menteri
Ternyata insiden itu tidak digemari penyokong kepada Jokowi yang menamakan diri mereka Relawan Jokowi Bersatu, menyatakan mereka terluka dengan tindakan Najwa itu.
![Kecewa dengan Menteri Kesihatan Indonesia, Najwa Shihab 'interview kerusi kosong' Kecewa dengan Menteri Kesihatan Indonesia, Najwa Shihab 'interview kerusi kosong'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61601354681_TBMataNajwa.jpg)
Kecewa dengan Menteri Kesihatan Indonesia, Najwa Shihab 'interview kerusi kosong'
Tindakan Najwa itu dikatakan kerana beliau dan pihak produksi Mata Najwa kecewa dengan Terawan yang berkali-kali menolak undangan untuk muncul dalam rancangan tersebut.
![Jangan tumpu kepada ibadah saja, paling penting ajar nilai hidup Islam - Tun Mahathir Jangan tumpu kepada ibadah saja, paling penting ajar nilai hidup Islam - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/41565473776_TunMahathirNarasiT.jpg)
Jangan tumpu kepada ibadah saja, paling penting ajar nilai hidup Islam - Tun Mahathir
"Kita dapati guru-guru agama ini tidak tertumpu kepada ajaran agama yang Sunnah.
![Jokowi tak pernah ucap 'I Love You' pada isteri Jokowi tak pernah ucap 'I Love You' pada isteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544677097_JOKOWI.jpg)
Jokowi tak pernah ucap 'I Love You' pada isteri
Pasangan yang sangat disayangi dan dihormati oleh rakyat Indonesia itu seperti juga orang lain, melalui kehidupan yang sama.
![Ceritalah ASEAN - Karen Davila: Penentu Agenda Ceritalah ASEAN - Karen Davila: Penentu Agenda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61475051642_KarenDavila.jpg)
Ceritalah ASEAN - Karen Davila: Penentu Agenda
Malah, Davila pernah disifatkan sebagai 'enak' oleh Presiden Filipina Rodrigo Duterte. Najwa pula, popular dalam kalangan kaum lelaki.