Penyokong kelab bola sepak Brazil, Sao Paulo bertindak mencuri pizza milik pemain kelab itu selepas dikatakan tidak berpuas hati tewas 3-0 menentang kelab Oeste pada aksi Liga Brazil pada Selasa.
Seorang penyokong memaklumkan rasa tidak puas hati itu timbul dalam kalangan penyokong kelab itu selepas pasukan mereka hanya memenangi satu daripada lima perlawanan.
“Saya rasa penghantar pizza itu termasuk pintu yang salah, dia sepatutnya hantar ke bilik persalinan tetapi dia masuk di hadapan penyokong yang sedang beredar dari aras bawah stadium,” kata Lucas Venture, penyokong pasukan Sao Paulo.
“Ada seorang lelaki bertanya kepada penghantar pizza itu, ‘untuk siapa pizza itu?’ dan apabila dia menjawab ‘milik pemain’, penyokong bertindak mengumpul duit dan membayar penghantar pizza dengan AS$94 (RM365.47) untuk 10 keping pizza.
“Mereka telah memberikan empat pizza berkenaan kepada tukang bersih, seorang lelaki dan kakitangan lain. Selebihnya mereka ambil. Ini kerana penyokong begitu marah tetapi kemarahan itu semakin reda selepas mereka menjamah pizza itu,” kata Lucas lagi.
Kekalahan terbaharu Sao Paulo meletakkan kelab itu di tangga ke-12 daripada 16 pasukan dengan hanya mengumpul empat mata setakat ini.
Agensi
Fri Feb 02 2018
Penyokong telah memberikan empat pizza berkenaan kepada tukang bersih, seorang lelaki dan kakitangan lain. Selebihnya peminat menikmati pizza mereka sendiri. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Penyokong bola sepak Brazil 'curi pizza' pemain selepas tidak puas hati kalah
Penyokong kelab bola sepak Brazil, Sao Paulo curi Pizza pemain selepas tidak puas hati kalah 3-0 lawan Oeste pada Liga Brazil, kata salah seorang penyokong kepada Reuters pada Rabu.