Sebuah juri persekutuan pada Selasa telah mendakwa Sayfullo Saipov atas tuduhan keganasan dan bunuh, susulan insiden rempuhan trak di Lower Manhattan bulan lalu yang mengorbankan lapan nyawa, menurut Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.
Saipov ditahan sejurus selepas serangan pada 31 Oktober lalu, di mana suspek tersebut memandu trak dan merempuh laluan basikal di New York City.
Keputusan juri memutuskan, Saipov kini berhadapan dengan lapan tuduhan membunuh, 12 cubaan membunuh, satu tuduhan membekalkan dan cuba membekalkan peralatan kepada militan Daish serta satu tuduhan keganasan dan memusnahkan kenderaan yang menyebabkan kematian.
Saipov, seorang pendatang Uzbekistan, dimasukkan ke hospital selepas ditembak pegawai polis, yang kemudiannya menahan suspek tersebut.
Daish juga mendakwa bertanggungjawab di atas serangan paling buruk di New York itu sejak tragedi 11 September 2001.
Lima daripada mangsa merupakan rakyat Argentina yang berada di New York untuk menyambut ulang tahun ke-30 mereka menamatkan persekolahan.
Selain itu, seorang warga Belgium, dan dua lagi rakyat Amerika masing-masing dari New York dan New Jersey turut terbunuh.
Agensi
Wed Nov 22 2017

Saipov ditahan sejurus selepas serangan pada 31 Oktober lalu, di mana suspek tersebut memandu trak dan merempuh laluan basikal di New York City. - Foto REUTERS
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Pendakwaan Jho Low: Semua orang tertakluk kepada undang-undang - Najib
Terserah kepada Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk mengenakan pertuduhan kepada Jho Low, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sah! Jet peribadi mewah, Bombardier 5000 berada di Singapura
Jet peribadi yang dikaitkan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disahkan berada di Lapangan Terbang Seletar, Singapura.

1MDB jadi skim Ponzi
Dana pembangunan ekonomi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa digunakan sebagai skim Ponzi oleh sekumpulan orang yang bersubahat untuk merasuah pegawai asing dan memperkayakan diri mereka.

Mahathir dan pembangkang guna taktik berita palsu bagi PRU14 - Salleh
Menyedihkan untuk melihat bekas perdana menteri dan pembangkang kini tanpa berfikir panjang mengitar semula dakwaan tanpa bukti dan menyebarkan berita palsu secara tidak bertanggungjawab.

Penyerang trak di New York didakwa membunuh
Sebuah juri persekutuan pada Selasa telah mendakwa Sayfullo Saipov atas tuduhan keganasan dan bunuh.

MaGIC nafi pengaturan quid-pro-quo dengan Uber
"Awal minggu ini, kami terkejut mendapati kami dinamakan dalam artikel yang memberi dakwaan serius pada cara Uber beroperasi di rantau ini," katanya dalam kenyataan.

1MDB: SPRM tidak dihubungi DOJ - Ketua Pesuruhjaya SPRM
SPRM mengesahkan ia tidak dihubungi DOJ berhubung tindakan sivil terbaru berkaitan 1MDB.

Beg udara pecah: Takata mengaku bersalah, bayar AS$1 bilion denda
Takata akan membayar $25 juta sebagai denda, $125 juta untuk tabung pampasan mangsa dan $850 juta untuk pampasan kepada pembuat kereta kerana terpaksa memanggil semula kereta secara besar-besaran.

Isu 1MDB tidak akan bawa perubahan besar kepada lanskap ekonomi Malaysia - laporan
Isu berkaitan dengan 1MDB tidak akan membawa perubahan besar kepada landskap ekonomi Malaysia yang amat berdaya tahan ditambah dengan keyakinan kukuh pelabur terhadap negara ini, lapor GRI.

Saman sivil DOJ tidak jejas sentimen pelabur
Affin Hwang Asset Management senada dengan Bank Negara Malaysia, dengan menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia antara 4.0 hingga 4.5 peratus bagi 2016.