Kira-kira 300 penunjuk perasaan berkumpul di luar rumah Perdana Menteri Lubnan, Hassan Diab di Beirut untuk menggesa pemimpin itu meletak jawatan.
Seorang penunjuk perasaan mendakwa, ramai sedang dalam perjalanan dari utara bandar Tripoli turut serta berkumpul di luar rumah dan enggan berganjak sehingga Hassan akur untuk berundur.
Hassan dilantik memegang jawatan tersebut pada 19 Disember lalu dan disokong kumpulan Hezbollah dan sekutunya.
Bagaimanapun, beliau gagal memenangi sokongan kumpulan utama Muslim sunni di negara itu.
Malah, beberapa penunjuk perasaan juga menolak Hassan, mendakwa beliau masih sebahagian golongan elit yang terlibat dengan rasuah.
Agensi
Sat Dec 28 2019
Hassan ketika hadir pada sidang media di istana presiden di Baabda, Lubnan, 19 Dis, 2019. REUTERS/Fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Suspek dalam insiden bom di 'synagogue' didakwa selepas 43 tahun
Panel hakim memutuskan Hassan Diab merupakan individu yang bertanggungjawab ke atas bom yang diletakkan di Rue Copernic pada 3 Oktober 1980.
Perdana Menteri Lubnan umum letak jawatan susulan insiden letupan
Perdana Menteri Lubnan mengumumkan perletakan jawatannya susulan dua letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya ini, pada minggu lalu.
Lubnan perlu adakan pilihan raya awal - Hassan Diab
Dalam ucapannya pada Sabtu, beliau turut merancang mencadangkan perkara tersebut dalam satu draf rang undang-undang pada Mesyuarat Kabinet, Isnin ini.
Protes di Lubnan semakin tegang
Protes di hadapan bangunan parlimen di Lubnan semakin tegang dan memaksa pihak keselamatan negara itu menggunakan meriam air serta gas pemedih mata untuk meleraikan penunjuk perasaan.
Penunjuk perasaan berkumpul luar rumah PM Lubnan, gesa letak jawatan
Hassan dilantik memegang jawatan tersebut pada 19 Disember lalu dan disokong kumpulan Hezbollah dan sekutunya.