BANGKOK:Ribuan penunjuk perasaan antikerajaan kembali memenuhi jalan raya hari ini, mengulangi tuntutan mereka untuk perubahan politik walaupun berlaku rusuhan menyebabkan sekurang-kurangnya 55 orang cedera dalam protes semalam.
Para penunjuk perasaan yang memakai baju hujan, topi keledar dan topeng berikutan rusuhan semalam apabila polis melepaskan meriam air dan gas pemedih mata di luar Parlimen, berkumpul di daerah perniagaan Bangkok di Ratchaprasong mengulangi tuntutan termasuk desakan supaya perdana menteri meletak jawatan.
Mereka berarak ke Ibu Pejabat Polis Diraja Thailand, kira-kira sejauh 100 meter.
Penunjuk perasaan menyembur air dan melempar cat ke ibu pejabat polis itu dan menyimbah cat pada papan tanda di pintu masuk.
Semalam, polis antirusuhan Thailand menembak gas pemedih mata dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan antikerajaan yang cuba memotong kawat duri dan mengalih penghadang konkrit yang dipasang di luar Bangunan Parlimen di sini.
Pusat Perubatan Erawan di Bangkok melaporkan sekurang-kurangnya 55 orang, termasuk enam mengalami kecederaan akibat tembakan dan 32 orang cedera akibat gas pemedih mata semasa protes di Parlimen semalam. Tidak jelas siapa yang melepaskan tembakan itu.
Pada sidang media hari ini, timbalan jurucakap polis Kolonel Polis Krissana Pattanacharoen berkata polis sedang menyiasat dalang di sebalik insiden tembakan berkenaan.
"Seperti yang saya umumkan sebelum ini, tiada peluru getah atau hidup digunakan oleh pihak berkuasa pada operasi (di Parlimen) semalam...kami sedang mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai perkara itu," katanya.
Beliau mengulangi bahawa respons yang diambil oleh polis mematuhi sepenuhnya undang-undang dan peraturan.
Sidang Parlimen bersambung hari ini dan ahli Parlimen dijangka mengundi untuk kemungkinan pindaan perlembagaan.
Persidangan dua hari yang bermula semalam itu, membincangkan pelbagai cadangan untuk perubahan perlembagaan termasuk kedudukan dan keistimewaan monarki serta peranan dan kuasa Senat yang dipilih.
Pindaan perlembagaan yang digubal panel yang dilantik oleh tentera selepas rampasan kuasa pada 2014 adalah satu daripada tuntutan gerakan antikerajaan yang dipimpin oleh pelajar sejak pertengahan Julai.
Tuntutan lain termasuk meminta perdana menteri untuk berundur, pembubaran Parlimen dan reformasi monarki.
Petang tadi, ahli Parlimen mengundi tujuh draf pindaan perlembagaan.
Bagaimanapun, hanya dua daripada tujuh cadangan pindaan diterima pakai yang membenarkan perbincangan untuk perubahan perlembagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020

Para penunjuk perasaan yang memakai baju hujan, topi keledar dan topeng berikutan rusuhan semalam apabila polis melepaskan meriam air dan gas pemedih mata di luar Parlimen. - REUTERS
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isteri hilang ditemui maut bersama 'kekasih gelap'
Seorang lelaki di Thailand yang mencari isteri hilang dikejutkan dengan penemuan wanita itu yang maut bersama bersama kekasihnya dalam kereta diletakkan di jalan dekat wilayah tengah Chachoengsao.

Upah tinggi faktor rakyat tempatan sanggup jadi tali barut bawa masuk PATI
Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak sebagai tekong darat.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Keputusan kes dadah penyanyi wanita terkenal Kelantan dan lima yang lain diketahui 6 Mac
Mahkamah Wilayah Narathiwat akan membuat keputusan kes dadah membabitkan penyanyi terkenal Kelantan bersama suami dan empat rakannya pada 6 Mac depan.

TDM tahan 15 pendatang tanpa izin warga Myanmar, Thailand
Angkatan Tentera Darat Malaysia (TDM) menahan 15 pendatang asing tanpa izin warga Myanmar dan Thailand dalam dua tangkapan berasingan di daerah Kubang Pasu, semalam dan hari ini.

Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

Rizal Tisin kini bimbing skuad berbasikal trek Thailand
Mohd Rizal berkata beliau diberikan kontrak selama setahun oleh Thaicycling Association.

Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.