SERAMAI 12 penumpang dimasukkan ke hospital selepas pesawat Latam Airlines mengalami masalah teknikal ketika penerbangan dari Sydney ke Auckland pada Isnin.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan syarikat penerbangan Chile itu, masalah teknikal berlaku dalam pesawat berkenaan menyebabkan beberapa anak kapal dan penumpang cedera.
Sekurang-kurangnya seorang penumpang dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas penerbangan LA800 itu mengalami masalah ketika terbang di atas Laut Tasman.
“Ada beberapa orang penumpang yang tercampak ke siling disebabkan mereka tidak memakai tali pinggang keledar,“ kata seorang penumpang kepada media RNZ.
Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu pula berkata, isu teknikal menyebabkan pesawat terbabit bergerak secara mengejut.
“(Mujur) pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Auckland seperti yang dijadualkan,“ ujarnya yang kesal dengan insiden itu sehingga mengundang masalah kepada setiap penumpang.
Dalam pada itu, AFP melaporkan Latam Airlines bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk merungkai masalah pesawat berkenaan yang membawa 263 penumpang dan sembilan kru. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Tue Mar 12 2024

Latam Airlines bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat masalah pesawat berkenaan yang membawa 263 penumpang dan sembilan kru. - Gambar hiasan/ FB LATAM Airlines
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.

Ancaman bom, empat pesawat mendarat cemas
Insiden itu melibatkan dua pesawat LATAM Airlines dan dua pesawat Sky, syarikat penerbangan tambang murah di Chile.