Suspek, yang ditahan selepas insiden itu dilaporkan mengaku bahawa dia melakukan perbuatan berkenaan kerana penjenayah telah menculik seorang ahli keluarga terdekatnya dan mengancam nyawanya.
Pada pagi Ahad, Volaris, sebuah syarikat penerbangan utama Mexico, melaporkan bahawa seorang lelaki berusia 31 tahun cuba melencongkan penerbangan 3401 dari El Bajio, tengah Mexico ke Amerika Syarikat "melalui penggunaan kekerasan.”
Dia menyerang seorang kru dan cuba memecah masuk ke dalam kokpit untuk mengambil alih kawalan penerbangan sebelum berjaya ditahan.
Pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Guadalajara, kira-kira 2,220 kilometer dari destinasi asalnya, yang mana anggota Pengawal Kebangsaan AS telah menunggunya.
Suspek yang menaiki penerbangan itu bersama isteri dan dua anaknya, boleh berdepan hukuman penjara antara tiga hingga 20 tahun selepas Volaris memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
-- BERNAMA