KETIKA detik cemas insiden pesawat EgyptAir dirampas, seorang lelaki dari Aberdeen, Scotland sempat merakam selfie bersama perampas pesawat itu.
Ben Innes, 26, yang merupakan antara penumpang terakhir untuk dibebaskan memberitahu akhbar The Sun beliau sendiri tidak tahu mengapa beliau berani untuk berdiri di sebelah perampas pesawat yang dikenali sebagai Seif Eldin Mustafa.
“Saya tidak tahu kenapa saya berbuat demikian.
“Saya bertanya kepada seorang kru yang bertindak sebagai penterjemah jika saya boleh rakam selfie bersamanya. Dia mengatakan ‘OK’ dan saya berdiri di sebelahnya dan senyum untuk lensa kamera.
“Ia mungkin akan menjadi selfie yang paling menarik untuk dikongsi kepada rakan-rakan – lebih menarik dari apa yang boleh dirakam ketika sedang bercuti," katanya kepada akhbar tersebut.
Selain itu, beliau mengambil peluang itu untuk melihat senjata yang digunakan oleh perampas pesawat dengan dekat.
"Saya dapat melihat sesuatu yang terikat pada pinggangnya dan pegang kepada satu alat pencetus,” tambahnya.
Sebuah pesawat EgyptAir telah dirampas ketika dalam perjalanan dari Iskandariah ke Kaherah dan kini telah mendarat di Cyprus pada Selasa.
Menurut pegawai lapangan terbang Kaherah, pesawat jenis Airbus A320 itu membawa seramai 55 orang penumpang dan tujuh anak kapal.
Pihak polis berkata, perampas pesawat tidak membuat apa-apa tuntutan selepas ia mendarat di Larnaca di bahagian selatan pulau tersebut.
Syafique Shuib
Wed Mar 30 2016
![Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61459327611_EgyptAirHijacker.jpg)
Ben Innes (kanan) anggap selfie ini sebagai selfie paling menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan. - Gambar: Twitter/Paul Smith
![Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake? Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712310449_deepfake.jpg)
Bolehkah bezakan antara realiti dan deepfake?
Peningkatan kes tipu melibatkan pemalsuan suara, wajah dan identiti digital semakin membimbangkan dengan taktik jenayah siber yang semakin canggih.
AWANI Ringkas: Hasil lawatan PM ke Bahrain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000 Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733205879_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.
AWANI Ringkas 20 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 20 Februari 2025
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas
1️⃣ Penerbangan terus KL-Manama dirancang
2️⃣ Isu TVET, KWSP dan projek tebatan banjir
3️⃣ Kurang bekalan air bersih
#awaniringkas
![Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740017325_tbSelebritipopular.jpg)
Cerita cinta Ameera Khan - Jefri Nichol: Neelofa mengaku sudah tegur adiknya, mohon orang ramai henti kecaman
"Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan, cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya."
The Economy with Ibrahim Sani: Consumer sentiment during politics and business uncertainties
Join Global CEO of Ipsos, Ben Page, as he delves into the intricacies of consumer sentiment amidst political and business uncertainties. Discover how global events shape consumer behavior and the implications for businesses worldwide.
![Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740016028_tbAzrulZafriAzmi.jpg)
Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.
![Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740014932_tbStadiumSultanIbr.jpg)
Stadium Sultan Ibrahim venue pilihan aksi Malaysia menentang Nepal
AFC tiada halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite (ACL Elite) musim ini.
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
![Pangsapuri berusia 80 tahun runtuh, enam maut Pangsapuri berusia 80 tahun runtuh, enam maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51606960253_Egypt.jpg)
Pangsapuri berusia 80 tahun runtuh, enam maut
Usaha penyelamatan sedang berjalan di mana, sembilan individu daripada 2 keluarga dilaporkan dalam bangunan ketika ia runtuh
![UNESCO isytihar Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 UNESCO isytihar Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/51583919909_PetronasTwinTowers.jpg)
UNESCO isytihar Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020
Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila Kuala Lumpur diiktirafkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO).
![Dua maut dalam kejadian letupan bom di Iskandariah Dua maut dalam kejadian letupan bom di Iskandariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41521892776_keretameletup.jpg)
Dua maut dalam kejadian letupan bom di Iskandariah
Dua maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian letupan bom kereta di Iskandariah pada Sabtu.
![PM Najib kutuk serangan di Tanta dan Alexandria PM Najib kutuk serangan di Tanta dan Alexandria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/71491318717_DatukSeriNajib.jpg)
PM Najib kutuk serangan di Tanta dan Alexandria
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengutuk serangan ke atas dua gereja Koptik di Tanta dan Alexandria di Mesir.
![Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61459327611_EgyptAirHijacker.jpg)
Penumpang ajak perampas pesawat EgyptAir rakam selfie
Selain merakam selfie, penumpang bernama Ben Innes turut mahu lihat senjata yang digunakan oleh perampas pesawat secara dekat.
![Pesawat EgyptAir dirampas, mendarat di Cyprus Pesawat EgyptAir dirampas, mendarat di Cyprus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61459239155_EgyptAirActual.jpg)
Pesawat EgyptAir dirampas, mendarat di Cyprus
Sebuah pesawat EgyptAir telah dirampas ketika dalam perjalan ke Iskandariah ke Kaherah dan kini telah mendarat di Cyprus.